awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah - Raja Muda Perlis
Gabenor Minnesota desak Trump keluarkan ICE susulan insiden tembakan maut
Indonesia bakal perkenal harga tanda aras minimum bagi timah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS Perak siasat bau kimia sekitar Simpang Pulai

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/03/2022
05:37 MYT
JAS Perak siasat bau kimia sekitar Simpang Pulai
Saarani berkata, perkara itu telah dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin dan telah dipanjangkan kepada Jabatan Alam Sekitar. - Gambar fail
IPOH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak sedang menjalankan siasatan berhubung bau busuk, dipercayai bahan kimia yang dikatakan berlaku di sekitar kawasan Simpang Pulai di Ipoh.
Isu itu turut ditimbulkan ketika mesyuarat Exco kerajaan negeri baru-baru ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu telah dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin dan telah dipanjangkan kepada Jabatan Alam Sekitar.
"Jabatan Alam Sekitar sedang menyiasat. Saya tak pasti punca bau ini. Kalau kita biasa mengesan bau ini, siang dengan malam adalah berbeza. Kita mungkin boleh kesan berdasarkan itu. Harapnya JAS dapat memberi maklumat. Kita tunggu siasatan dulu," ulas Saarani.
Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-45 Pertubuhan Peladang Negeri Perak di Ipoh pada Isnin.
Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Tan Kar Hing mendedahkan, ketika membuat rondaan sekitar Simpang Pulai, Taman Botani, Taman Muda dan Kampung Sengat, terdapat bau busuk jenis kimia yang memedihkan mata dan menyesakkan nafas.
Bau busuk itu dikatakan sangat kuat di sepanjang Jalan Lahat-Simpang Pulai.
Sehubungan itu, Kar Hing berkata, beliau telah memanjangkan perkara itu kepada pihak JAS dan meminta mereka memantau kualiti udara di kawasan Kinta.
Topic Berkaitan
#bau busuk
#bahan kimia
#simpang pulai
#Jabatan Alam Sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan