[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

JAS perkasa pendidikan E-Waste, fokus didik generasi muda lindungi alam sekitar

Shafiqa Azami 26/04/2025 | 07:39 MYT
Zuraini (tengah) hadir ke program kesedaran alam sekitar Knowledge Transfer Program (KTP) anjuran Asia Pacific University (APU) sempena Hari Bumi 2025. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus memperkasa usaha dalam mendidik masyarakat, terutamanya generasi muda, mengenai kepentingan pengurusan sisa elektronik atau e-waste.

Ringkasan AI
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS) memperkasa usaha mendidik generasi muda tentang pengurusan, kitar semula, dan pelupusan sisa elektronik (e-waste) secara selamat demi kelestarian alam sekitar.
  • JAS merancang memperluaskan program kutipan e-waste di universiti serta komuniti di Malaysia sepanjang tahun dengan kerjasama fasiliti pelesenan yang diiktiraf.
  • Sempena Hari Bumi 2025, program Knowledge Transfer Program (KTP) dianjurkan oleh APU untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar, termasuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Menurut Zuraini Ahmad Tajudin Penagarah (JAS) Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, generasi muda perlu didedahkan dengan pengetahuan menyeluruh mengenai risiko sisa elektronik yang tidak diurus dengan baik, selain memahami kepentingan mengitar semula dan melupuskan e-waste secara selamat demi kelestarian alam sekitar pada masa hadapan.
“Kita juga mengharapkan dengan kerjasama kita supaya anak-anak ini juga diajar cara memelihara bumi, cara menjimatkan air, menyebabkan tenaga dan sebagainya dan mereka faham tentang apa yang perlu dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula.
“Contohnya, gajet yang tidak digunakan lagi boleh menjadi sangat berbahaya kepada alam sekitar jika tidak diuruskan dengan betul. Oleh itu, kita mengharapkan program ini mampu mendidik generasi muda tentang pentingnya melupuskan dan mengitar semula e-waste dengan sempurna,” katanya.
Tambah beliau, JAS turut merancang untuk memperluaskan program kutipan e-waste di seluruh universiti di Malaysia serta komuniti lain dengan kerjasama fasiliti pelesenan yang diiktiraf.
“Program kutipan e-waste ini kita jalankan sepanjang tahun, bergantung kepada pihak-pihak yang ingin bekerjasama dengan kami. Usaha ini bukan sekadar ceramah, tetapi turut melibatkan tindakan sebenar seperti kutipan dan pelupusan mengikut kehendak peraturan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa pelancaran program kesedaran alam sekitar Knowledge Transfer Program (KTP) anjuran Asia Pacific Universiti (APU) sempena Hari Bumi 2025.
Dalam pada itu turut hadir Timbalan Naib Canselor Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), Prof Murali Raman bersama Ketua Jabatan School of Mathematics Actuarial and Quantitative Studies (SOMAQS) menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim daripada Rumah Bakti Al Kausar.
#Jabatan Alam Sekitar #pendidikan #generasi muda #Asia Pacific Universiti APU #Hari Bumi 2025