MALAYSIA
JAS perkukuh kawalan tumpahan minyak melalui latihan Ex-Tamban

Latihan Ex-Tamban 2025 diadakan di Kerteh Port, Terengganu pada 19 dan 20 Ogos, melibatkan lebih 150 peserta. Foto JAS
KUALA TERENGGANU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) memperkukuh tatakelola kawalan pencemaran minyak dengan penganjuran Latihan Melawan Tumpahan Minyak (Ex-Tamban) 2025 di Kerteh Port, Terengganu, melibatkan kerjasama erat industri minyak dan gas serta agensi kerajaan.
Ringkasan AI
- Latihan Ex-Tamban 2025 diadakan di Kerteh Port, Terengganu pada 19 dan 20 Ogos, melibatkan lebih 150 peserta daripada industri minyak dan gas serta agensi kerajaan untuk menguji kesiapsiagaan menghadapi tumpahan minyak.
- Latihan ini menggunakan teknologi moden termasuk AI dan Oil Spill Equipment, dengan simulasi insiden kapal melanggar platform sehingga berlaku tumpahan minyak mentah, seterusnya diuji pelan tindak balas Tier 1 hingga Tier 3.
- JAS merekodkan penurunan kes tumpahan minyak kepada hanya 5 kes sehingga Ogos 2025 berbanding 37 kes dalam lima tahun, membuktikan keberkesanan kawalan dan kerjasama semua pihak sejajar dengan SDG 14 pemuliharaan sumber marin.
Turut serta ialah pelbagai agensi di bawah Jawatankuasa Kawalan Tumpahan Minyak (JKTM) seperti Jabatan Laut Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Marin, Pasukan Gerakan Udara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Perikanan. Lebih 150 peserta terlibat dalam simulasi ini.
Latihan ini berlangsung selama dua hari, pada 19–20 Ogos 2025, bertempat di Kerteh Port, Terengganu.
Rekod JAS menunjukkan 37 kes tumpahan minyak dalam tempoh lima tahun, namun sehingga Ogos 2025 hanya lima kes dilaporkan, membuktikan keberkesanan kawalan serta tindak balas pantas hasil kerjasama semua pihak. Ex-Tamban menekankan bahawa tindakan segera dan koordinasi bersepadu mampu meminimumkan impak alam sekitar, termasuk mengelakkan rebakan ke pesisir pantai.
Ex-Tamban merangkumi Table-Top Exercise dan Field Deployment Exercise (FDX) di laut. Senario yang diuji melibatkan sebuah kapal supply boat milik Jadestone melanggar platform riser EnQuest sehingga menyebabkan tumpahan minyak mentah.
Tindak balas dimulakan di peringkat Tier 1 (industri) sebelum dikembangkan ke Tier 2 dan Tier 3 (kerajaan) melalui mekanisme Malaysia Oil Spill Contingency Plan (MOSCoP) bagi mengelakkan pencemaran merentasi sempadan ke perairan Indonesia.
Antara pelan tindak balas yang diuji:
- • Oil Spill Response Plan (OSRP) oleh EnQuest dan Jadestone,
- • Marine Oil Spill Contingency Plan (MOSCoP),
- • Mekanisme Request for Government Assistance (Tier 1 & 2 Industry).
Inisiatif ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 14 iaitu memulihara dan menggunakan sumber marin secara lestari.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami