awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS sita bahan mentah, peralatan kilang proses sisa buangan terjadual

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/12/2022
00:45 MYT
JAS sita bahan mentah, peralatan kilang proses sisa buangan terjadual
Teh (kanan) mendengar penerangan Rosli (kiri) ketika meninjau persekitaran kilang yang dikesan menjalankan aktiviti peleburan logam secara haram di Kampung Tasek Perkasa, Kuala Kangsar, semalam. --fotoBERNAMA
KUALA KANGSAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak menyita bahan mentah dan peralatan dua kilang memproses sisa buangan terjadual di sini, selepas didapati beroperasi secara haram.
Dalam masa sama, polis dan pihak berkuasa tempatan akan memantau kilang berkenaan yang terletak di Seberang Manong dan Senggang bagi memastikan ia tidak lagi beroperasi.
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, sitaan akan dibuat sehingga siasatan selesai dan tindakan sewajarnya diambil mengikut proses perundangan.
"Jadi, jelaslah bahawa fasiliti hari ini berada di kawasan remote (terpencil), kalau sekiranya tindakan mahkamah diambil, hukuman tertinggi adalah RM500,000 atau lima tahun penjara.
"Jadi, kita rasa, memang tindakan-tindakan yang seterusnya kita akan aturkan, tetapi ada sedikit semakan dulu. Pihak JAS akan melanjutkan kerja seterusnya," katanya.
Beliau ditemui selepas menyertai operasi bersepadu kilang haram berkenaan pada lewat petang semalam.
Turut hadir, Pengarah JAS Perak Rosli Zul serta wakil pelbagai agensi seperti polis, pejabat tanah dan daerah, Jabatan Imigresen, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Op Gempur | JAS Perak sita bahan mentah, peralatan dua kilang
Menurut Teh, tindakan akan diambil mengikut beberapa seksyen di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Jelasnya, operasi itu adalah lanjutan daripada aduan penduduk Kampung Tasek Perkasa dan Kampung Bekor yang mendakwa operasi premis berkenaan telah menyebabkan pencemaran ke kawasan sekitar.
Ekoran daripada itu, katanya, pihak JAS Perak menjalankan siasatan dan pemeriksaan pada 29 Nov dan 7 Dis lalu.
Terdahulu, penduduk mendakwa, gangguan bau dan asap yang dikeluarkan kilang itu bukan sahaja mengganggu keselesaan, malah dikhuatiri memberi risiko kepada kesihatan.
Topic Berkaitan
#Teh Kok Lim
#beroperasi secara haram
#kilang proses sisa buangan terjadual
#Kuala Kangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan