awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS tidak sokong projek perumahan - Chow

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2017
11:37 MYT
JAS tidak sokong projek perumahan - Chow
Operasi SAR dihentikan selepas 11 mangsa ditemui.
Kerajaan Pulau Pinang mengakui projek perumahan mampu milik setinggi 50 tingkat di Lengkok Lembah Permai, Tanjong Bungah, di sini tidak mendapat sokongan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow mendakwa kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) meneruskan kebenaran setelah mengambil kira maklum balas dan persetujuan lebih 20 agensi lain.
Menurutnya, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 18 Februari 2015.
"Kerajaan negeri tidak hanya bergantung kepada saranan JAS semata-mata dalam memberikan kelulusan kepada sesebuah projek sebaliknya jawatankuasa OSC membuat keputusan itu berdasarkan sokongan DoE untuk dua projek lain di kawasan sama," katanya pada sidang media bersama Datuk Bandar MBPP, Datuk Maimunah Shariff di Komtar, George Town pada Isnin.
Dalam pada itu, Chow menambah, kerajaan negeri akan membuat laporan polis berhubung insiden itu bagi membolehkan siasatan kemungkinan berlakunya 'kecuaian ketika bekerja' dilakukan secepat mungkin.
Kata beliau, keputusan itu dibuat selepas MBPP mendakwa wujud kecuaian pengendalian dan pengurusan tapak pembinaan tersebut.
"Tujuan membuat laporan polis ini adaah bagi membolehkan pihak polis membuat siasatan dan mengheret mana-mana pihak yang didapati cuai hingga mengakibatkan berlakunya kematian," katanya.
Chow berkata, kerajaan negeri akan mengarahkan MBPP dan semua agensi yang terbabit memberikan kerjasama bagi memastikan siasatan dapat dilakukan dengan segera dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata, pihaknya akan menyiapkan laporan lengkap operasi dalam tempoh tiga hari sebelum diserahkan ke Kabinet manakala laporan punca kejadian akan dilakukan agensi kerajaan yang lain.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dihentikan tengah hari ini selepas kesemua 11 mayat mangsa ditemui.
"Seramai 380 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi antaranya (JBPM), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) terlibat dalam operasi tiga hari itu," katanya.
Dalam kejadian pada 8.57 pagi Sabtu, 11 pekerja pembinaan perumahan mampu milik tertimbus apabila tanah di lereng bukit berhampiran projek itu runtuh. Sehingga 8 malam tadi sembilan mayat telah ditemui.
Topic Berkaitan
#bomba
#Chow Kon Yeow
#Datuk Maimunah Shariff
#George Town
#JBPM
#Lengkok Lembah Permai
#Majlis Bandaraya Pulau Pinang MBPP
#Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti OSC
#operasi mencari dan menyelamat
#Saadon Moktar
#SAR
#tanah runtuh
#Tanjung Bungah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan