Jasa Najib kepada UMNO, negara tidak boleh dinafikan - Mahdzir Khalid

Afiezy Azaman
Ogos 23, 2022 10:45 MYT
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid secara peribadi menzahirkan simpati terhadap Najib dan seluruh ahli keluarganya susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan terhadap beliau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jasa dan khidmat bakti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada parti UMNO dan negara tidak boleh dinafikan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid secara peribadi menzahirkan simpati terhadap Najib dan seluruh ahli keluarganya susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan terhadap beliau.
"Sebagai rakan seperjuangan dalam UMNO, apa sekali pun yang berlaku, jasa dan khidmat bakti beliau kepada UMNO dan negara sebelum ini, sama sekali tidak boleh dinafikan.
'Justice hurried is justice buried' adalah satu frasa yang boleh kita hayati bersama dalam situasi ini, "katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Khamis.
Ikuti perkembangan kes Najib Razak di sini
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan ke atas Najib berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim itu berkata, mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Bicara ketika itu iaitu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Saya secara peribadi merasa amat simpati terhadap Dato' Sri Mohd Najib Razak dan seluruh ahli keluarganya. Sebagai...

Posted by Mahdzir Khalid on
#Najib Razak #jasa #bekas perdana menteri #UMNO #Mahdzir Khalid #SRC International