Jasad pemuda lemas di Sungai Balak ditemukan

Sinar Harian
September 22, 2021 21:45 MYT
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat operasi pencarian seorang lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai lemas ketika mandi bersama lima rakannya di Sungai Balak Batang Kali. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Mayat mangsa lemas di Sungai Balak, Batang Kali di Hulu Selangor ditemukan kira-kira 50 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat Sunny Dell Ashraff Sa'ari, 23, dijumpai pasukan pencari pada kedalaman 2.4 meter (8 kaki) pada 9.55 malam tadi.
BACA: Pemuda dikhuatiri lemas di Sungai Batang Kali
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tujuan bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Terdahulu, lelaki itu dilaporkan lemas ketika mandi-manda bersama empat rakannya di sungai berkenaan.
*Berita asal di Sinar Harian
#mangsa lemas #sungai balak #Sunny Dell Ashraff Sa'ari #Hospital Kuala Kubu Bharu