Jason Lo nafi ditahan kerana dadah di Dubai

Astro Awani
November 10, 2017 03:48 MYT
Jason memaklumkan dia ditahan polis dan dimasukkan ke lokap kerana membantu rakannya yang cuba meleraikan pergaduhan. - Facebook Jason Lo
Jason Lo mengesahkan beliau sebelum ini telah ditahan di Lapangan Terbang Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan ia tidak ada kaitan dengan kesalahan dadah.
Sebaliknya ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi (telco) itu memaklumkan dia ditahan polis dan dimasukkan ke lokap kerana membantu rakannya yang cuba meleraikan pergaduhan.
Jason mendakwa rakannya mengalami kecederaan akibat percubaannya itu dan beliau hanya terlibat untuk membantu.
Dia kini sudah dibebaskan dan kembali ke tanahair.
#Dadah #ditahan #Dubai #Jason Lo #telco