awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jatuh kondo: Keluarga tuntut mayat Datuk, kebumi esok

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/10/2021
15:56 MYT
Jatuh kondo: Keluarga tuntut mayat Datuk, kebumi esok
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh berkata siasatan mendapati tiada unsur jenayah melibatkan kematian lelaki itu. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Mayat pemaju hartanah yang meninggal dunia selepas terjatuh dari sebuah kondominium di Jalan Kelawai, Pulau Pinang dituntut keluarga pada Rabu
Tinjauan di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati mayat mendiang dituntut keluarga pada jam 6.05 petang selepas proses bedah siasat yang dijalankan pada jam 2.30 petang selesai.
Difahamkan, upacara pengebumian mendiang akan berlangsung di Krematorium Batu Gantung pada Khamis.
Mendiang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 53 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 16 kondominium tersebut.
BACA: Jatuh kondo: Kematian pemaju bergelar Datuk tiada unsur jenayah - Polis
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh berkata siasatan mendapati tiada unsur jenayah melibatkan kematian lelaki itu.
Fisol berkata, kematian lelaki itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) namun polis tetap akan menjalankan siasatan lanjut.
Setakat ini, polis telah mengambil keterangan empat individu bagi membantu siasatan kematian mangsa selain merampas dua telefon bimbit serta dua iPad mini milik mangsa untuk siasatan.
Pada Selasa, seorang saksi kes rasuah berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang ditemukan maut terjatuh dari kondominiumnya di Jalan Kelawai, di Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#pemaju hartanah maut
#SPRM
#terowong dasar laut
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan