awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Satelit terbesar dunia dilancar, sambungan 5G terus dari angkasa
KDN lanjut tempoh permohonan pekerja asing hingga Mac 2026, majikan digesa mohon tanpa bantuan ejen
[KOLUMNIS] Alumni hebat bermula dengan pengalaman bermakna di kampus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawab tidak mahu apa-apa, pemandu lori terima 37 jahitan ditetak jiran

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
26/06/2021
14:20 MYT
Jawab tidak mahu apa-apa, pemandu lori terima 37 jahitan ditetak jiran
Mangsa yang berlumuran darah tampil membuat laporan di Balai Polis Butterworth. - Gambar/ Ihsan PDRM
BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori cedera ditetak dengan parang oleh jirannya sehingga terpaksa menerima 37 jahitan dalam kejadian di tepi jalan di Taman Cantik, di sini.
Mangsa berusia 31 tahun mendakwa diserang tanpa sebab oleh lelaki berusia 39 tahun yang dikenalinya itu kira-kira jam 2 petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa yang berlumuran darah tampil membuat laporan di Balai Polis Butterworth.
"Sewaktu kejadian, mangsa berada di sebuah kedai mini di Taman Bagan. Suspek yang juga jirannya yang turut berada disitu bertanyakan kepadanya 'mahu apa' dan mangsa menjawab 'tidak mahu apa-apa'.
"Selepas itu, suspek secara tiba-tiba memukulnya menggunakan topi keledar. Mangsa yang terkejut tidak mempedulikannya dan terus beredar dari kawasan itu.
"Bagaimanapun, ketika mangsa tiba di kawasan rumah di Taman Cantik, dengan tidak semena-mena suspek bertindak melanggar motosikal dan menyerangnya dengan sebilah parang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya, mangsa mengalami kecederaan di lengan dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, katanya siasatan mendapati mangsa mengenali suspek sejak dua tahun lalu dan memaklumkan tidak mempunyai sebarang masalah dengannya.
Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek jam 3.30 petang hari sama di rumahnya serta merampas parang yang dibuang di dalam longkang berhampiran tempat kejadian untuk siasatan lanjut.
Katanya, ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah dan semakan mendapati dia mempunyai dua rekod lampau.
"Suspek direman lima hari bermula hari ini hingga Rabu depan untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#ditetak
#dilibas
#37 jahitan
#jiran
#penagih dadah
#Taman Cantik
#Butterworth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan