Kelebihan Khairy Jamaluddin sebagai penyandang dan menteri kabinet tidak bermakna jawatan Ketua Pemuda Umno tidak boleh disaingi calon lain.
Penganalisis politik berpendapat setiap calon pastinya mempunyai kelebihan masing-masing dan status Khairy sebagai penyandang jawatan nombor satu sayap parti itu dan Menteri Belia dan Sukan hanya dilihat sebagai bonus.
Mengulas lanjut apakah kelebihan yang dimiliki Khairy itu mampu melonjakkan sokongan perwakilan kepadanya untuk sepenggal lagi, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata yang penting setiap calon bertanding tidak menyempitkan pemikiran dengan sesuatu agenda sahaja.
"Setiap calon perlu memperlihatkan kekuatan masing-masing jika mahu dilihat berkelayakan. Pada saya, Pemuda juga harus memainkan dua peranan berbeza dalam waktu yang sama iaitu mempertahan kedudukan Melayu dan menjadi benteng Barisan Nasional (BN)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata tidak kira siapa yang bakal dipilih perwakilan, agenda Umno untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu seperti termaktub di dalam Fasal 3 Perlembagaan Umno perlu diperkasakan.
"Inilah asas perjuangan Umno yang kini dilihat semakin tenggelam dan akhirnya menghampakan kebanyakan golongan Melayu. Kita tengok isu-isu yang melibatkan kepentingan Melayu sendiri, siapa yang akan bangkit terlebih dahulu menegakkannya?.
"Daripada segi pemerhatian saya, kebanyakannya digerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mana perginya pemimpin-pemimpin Umno terutamanya Pemuda?" katanya.
Mengulas pemilihan Umno kali ini, Zainal Abidin berkata sistem pemilihan Umno kini lebih terbuka kepada sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding.
"Namun mereka yang bertanding harus mempunyai tanggungjawab iaitu menegakkan semula agenda Umno seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti agar sesuai dengan keperluan masyarakat di zaman sekarang," katanya.
Pada pemilihan sayap 12 Okt ini, Khairy bakal berhadapan dengan empat individu lain yang menawarkan diri merebut jawatan itu.
Mereka ialah Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Syed Rosli Syed Harman Jamallulail, Ketua Pemuda Cawangan Bendang Baru, Langkawi, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok Abd Karim Ali serta Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar.
Khairy, yang menyifatkan pertandingan lima penjuru selari dengan usaha mentransformasi Umno, berkata: "Semoga kita semua dapat bertanding dalam suasana rukun serta harmoni."
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat melihat pertandingan lima penjuru melibatkan jawatan Ketua Pemuda itu satu perkembangan yang baik.
"Secara umumnya, ini satu perkembangan sihat untuk menonjolkan calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding dan dapat ditonjolkan di peringkat Pemuda lagi.
"Memang pada pemilihan lepas, agak sukar untuk Khairy menang tetapi dia boleh menang dalam situasi kurang popular pada masa itu. Kali ini dalam situasi yang popular dengan sumbangan yang banyak kepada Umno, kepercayaan Pemuda lebih tinggi kepada beliau," katanya.
Bernama
Sun Sep 22 2013
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.