IPOH: Sebuah jawatankuasa adhoc akan ditubuhkan untuk mengurus tadbir Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sehingga mereka selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM).
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, jawatankuasa itu akan ditubuhkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, selepas kementerian bersetuju menangguhkan pembatalan PAFA baru-baru ini.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai jawatankuasa berkenaan kerana ia tidak melibatkan kepimpinan negeri, termasuk beliau selaku Exco.
“Selepas melaksanakan tugas sehingga menyelesaikan urusan AGM, ia akan dilaporkan semula kepada menteri dan Pesuruh Jaya Sukan (PJS).
“YB Menteri akan membuat keputusan sama ada boleh ke pengurusan dan pentadbiran PAFA diserahkan kepada jawatankuasa yang baru,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 3R (read, record, reward) di Perpustakaan Awam Dato' Seri Husni, Chemor, dekat sini, hari ini.
Menjelaskan lanjut, Khairudin berkata, menteri berkenaan telah meminta pandangan beliau mengenai pembentukan jawatankuasa adhoc itu.
“Tentulah saya setuju sebab untuk menyelamatkan PAFA daripada terbatal yang akan merugikan.
“PAFA ada aset yang agak besar dan kalau terbatal, automatik lah aset tu akan dibeku dan sebagainya,” ujarnya.
Tambahan pula, katanya, PAFA yang telah berusia lebih 100 tahun adalah antara persatuan yang tertua di Perak.
“Kita nak PAFA terus berjalan sebab sekarang ini ia fokus kepada program pembangunan, kepengadilan serta futsal dan kita telah jauh tertinggal,” katanya.
Baru-baru ini, Khairudin dilaporkan berkata, PAFA yang sebelum ini bakal dibubarkan diberi penangguhan pembatalan setelah perkara itu sampai kepada pengetahuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Pada 7 Mac 2022 PAFA digantung selama enam bulan oleh PJS berikutan kemelut yang melanda badan induk bola sepak itu.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jun 21 2023
Khairudin bercakap kepada media selepas merasmikan Program 3R Read, Record and Reward di Perpustakaan Awam Dato Seri Husni, Chemor hari ini. - Foto Bernama
Kesuma teroka kepakaran, teknologi dan kemahiran Jepun pertingkat keupayaan Perkeso
Kerjasama menerusi Perkeso dengan pelopor teknologi moden pemulihan anggota berpangkalan di Tsukuba, Cyberdyne Inc, memberi nilai tambah.
Penggiat semikonduktor sedia manfaatkan NSS bagi pertingkat kedudukan
Wong berkata NSS meningkatkan lagi rantaian nilai negara di peringkat global dan memacu teknologi pembungkusan, peralatan dan automasi maju.
Urbanisasi: Beri penekanan aspek pelaksanaan di peringkat PBT
Usaha tidak boleh terhenti di situ kerana banyak usaha perlu dilakukan khususnya di peringkat kerajaan tempatan.
Johari mulakan lawatan ke Jepun dengan mengunjungi entiti pertanian
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memulakan lawatan rasmi lima hari ke Jepun dengan melawat dua entiti berkaitan teknologi dan penyelidikan pertanian pada Isnin.
Malaysia negara paling disayangi di Asia
Malaysia menduduki tangga pertama dalam senarai 20 Negara Paling Disayangi di Asia oleh sebuah portal laman web kewangan, Insider Monkey yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).
Alat penyembut kabus bantu sejukkan suhu badan gajah
Sebuah pusat pemulihan gajah di selatan India, Tamil Nadu memasang alat penyembur kabus untuk memastikan gajah-gajah mereka sentiasa berada dalam keadaan yang sejuk.
Krisis air berterusan, penduduk terpaksa berebut
Penduduk di beberapa bahagian New Delhi terpaksa beratur panjang untuk mengambil air dari tangki.
Masalah itu diperburukkan lagi apabila kadang kala, tangki air tidak sampai mengikuti jadual yang tetap sehinggakan tercetusnya pergaduhan antara satu sama lain.
Masalah itu diperburukkan lagi apabila kadang kala, tangki air tidak sampai mengikuti jadual yang tetap sehinggakan tercetusnya pergaduhan antara satu sama lain.
Lintasan Rafah hanya boleh dibuka selepas tentera Israel tinggalkan Gaza
Lintasan sempadan Rafah yang digunakan untuk penghantaran bantuan ke Gaza dari Mesir tidak boleh beroperasi semula melainkan Israel melepaskan kawalan dan menyerahkannya kembali kepada rakyat Palestin di sebelah Gaza.
10 terkorban dalam serangan Israel di Khan Younis
10 orang, termasuk tiga kanak-kanak, telah terbunuh dalam serangan udara Israel di Khan Younis pada awal pagi Isnin.
Claudia Sheinbaum isytihar kemenangan dalam pilihan raya presiden Mexico
Keputusan awal menunjukkan bahawa beliau menang dengan antara 58.3 peratus dan 60.7 peratus undian.
Perak harap kemelut PAFA selesai tahun ini - Exco
Ia bagi membolehkan program pembangunan pemain, kejurulatihan dan kepengadilan dapat yang tertangguh, dapat diteruskan.
Jawatankuasa adhoc ditubuh urus tadbir PAFA sehingga AGM
Sebuah jawatankuasa adhoc akan ditubuhkan untuk mengurus tadbir Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sehingga mereka selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM).
Isu penggantungan PAFA: Exco Perak mahu jumpa PJS dahulu
Perak akan mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang masih lagi digantung sejak Mac lalu.
Pesuruhjaya Sukan diminta teliti, selesai masalah badan sukan
Antara badan sukan itu ialah Persatuan Bola Sepak Perak dan Persatuan Olahraga Selangor.
Kemelut kepimpinan: PAFA digantung sehingga enam bulan
Kemelut kepimpinan dalaman yang melanda PAFA akhirnya mengakibatkan badan induk itu digantung sehingga enam bulan kerana berlaku ketidakpatuhan terhadap Perlembagaan persatuan.
Bola sepak Perak: Muhammad Yadzan dakwa dirinya Presiden PAFA yang sah
Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Muhammad Yadzan Mohammad mendakwa dirinya merupakan presiden badan induk itu yang sah bagi penggal 2021 hingga 2025.
Menteri serah pada Pesuruhjaya Sukan selesai kemelut PAFA
Menteri Belia dan Sukan beri ruang kepada Pesuruhjaya Sukan untuk selesai kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
Pemecatan ahli gabungan PAFA didakwa tidak sah
Pemecatan 12 ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang diumumkan semalam adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan persatuan.
Perlu kajian menyeluruh sebelum bubar Perak FC II
Pembubaran memberi kesan kepada nasib pemain, barisan kejurulatihan dan pembangunan bakat muda yang bakal meneruskan legasi The Bos Gaurus.
PAFA terima peletakan jawatan Ahmad Faizal
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bersetuju menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Presiden persatuan itu.