KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua daerah di Sabah diaktifkan dalam berdepan musim tengkujuh dan Luruan Monsun yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri itu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa agar semua jawatankuasa pengurusan bencana itu diaktifkan serta-merta.
Malah, beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Safar Untung untuk menggerakkan jawatankuasa selain berada dalam keadaan siap siaga.
“Saya telah bercakap dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong untuk mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai daerah supaya segera mengaktifkan jawatankuasa pengurusan bencana mereka dan sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan terutama sekali angin kencang, banjir dan tanah runtuh.
“Saya mahu pihak berkuasa tempatan terus membersihkan semua laluan air dan longkang bagi memastikan tiada tersumbat sekiranya berlaku hujan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada orang ramai untuk mematuhi amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia dan menjaga keselamatan pada setiap masa.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran cuaca buruk di pantai timur dan bahagian Utara Sabah.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Dec 29 2021

Datuk Seri Hajiji Noor menggesa agar semua jawatankuasa pengurusan bencana itu diaktifkan serta-merta.

WHA | Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

10 Berita Pilihan - (22 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia Memilih | Bekas koperal polis dari Johor menang di Tangney
Berasal dari Johor, bekas anggota Polis Diraja Malaysia, Sam Lim menang di kerusi Parlimen Tangney, di Perth, Australia dalam pilihan raya pada Sabtu. Kemenangan mengejut itu menyaksikan calon Parti Buruh itu berjaya mengatasi Ben Morton, calon Parti Liberal dan sahabat rapat kepada bekas Perdana Menteri Scott Morrison.

Menuju Fasa Endemik | Yayasan AIDS Malaysia komited tingkat usaha perangi HIV
Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sebelum ini pihaknya mengalami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan memberi laluan kepada mereka yang terlibat untuk membantu memerangi pandemik COVID-19.

Pembelian Aset | Tiada tempat untuk rasuah, ketirisan, pembaziran
Kementerian Pertahanan memberikan sepenuhnya kuasa kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menentukan hal-hal berkaitan pembelian aset baharu mereka pada masa depan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, pembaziran atau aktiviti rasuah dalam membekalkan sumber kewangan kepada ketiga-tiga agensi berkenaan.

Mikromobiliti | Garis panduan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan
Garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi. Demikian jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu penggunaan kenderaan itu yang sering diperdebatkan pelbagai pihak.

Pemilihan PKR Sabah, Sarawak, Perak berlangsung lancar, terkawal
Pemilihan PKR 2022 peringkat negeri secara fizikal di Sabah, Sarawak dan Perak berakhir hari ini, dengan keseluruhannya berlangsung dalam keadaan terkawal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.

Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 pada Ahad.

Krisis Palestin | Bukan hanya isu agama, tetapi isu kemanusiaan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, sudah bertahun lamanya rakyat Palestin dinafikan hak untuk duduk di tanah air sendiri dan usaha membebaskan mereka perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

COVID-19: Sarawak turut beralih ke fasa endemik bermula 1 April 2022
Sarawak telah memutuskan untuk bergerak selari dengan pendirian kerajaan pusat berhijrah ke fasa endemik yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2022.

Banjir: Terengganu pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Kelantan menurun
Banjir di Terengganu dilaporkan pulih sepenuhnya pada awal petang Sabtu, selepas tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup secara rasmi jam 1.00 petang tadi.

Mesyuarat khas minggu depan bincang rancangan tangani isu banjir - PM
Mesyuarat itu akan menyentuh perancangan jangka panjang melibatkan pembinaan tebatan banjir atau mengurangkan kesan impak bencana itu.

JPBN Sarawak persiap anggota, jentera dan strategi hadapi kemungkinan banjir
625 buah pusat pemindahan sementara (PPS) dikenal pasti yang akan ditambah mengikut keperluan dan mampu menampung kapasiti sehingga 185,000 mangsa.

Banjir di Pitas tamat, mangsa di empat PPS mula dihantar pulang
Empat PPS yang ditutup di Pitas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Salimpodon, Dewan Kampung Kusilad, Dewan SK Pekan 2 dan Dewan Kampung Kabatasan,

Banjir Sabah: Jumlah mangsa turun kepada 3,347 orang
Jumlah berkenaaan dilaporkan daripada enam daerah di negeri ini, iaitu Kota Marudu, daerah kecil Paitan, Pitas, Beluran, Sandakan dan Telupid.

Banjir Sabah: Hajiji ingatkan rakyat sentiasa waspada, jangan sambil lewa
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah telah mengaktifkan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah yang terjejas.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 1,161 orang
Setakat tengah hari ini, Kota Marudu mencatat mangsa tertinggi dengan 969 orang, diikuti daerah Sandakan (61 mangsa), daerah kecil Paitan (50 mangsa), Telupid (43 mangsa) dan Beluran (38 mangsa).

Amaran peringkat merah di beberapa lokasi di pantai timur, Nadma arah tingkat kesiapsiagaan
Arahan itu dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang turut melibatkan beberapa agensi-agensi berkepentingan yang lain.

Jawatankuasa bencana semua daerah di Sabah diaktifkan serta-merta - Hajiji
Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua daerah di Sabah diaktifkan dalam berdepan musim tengkujuh dan Luruan Monsun yang dijangka melanda beberapa kawasan di negeri itu.