Satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memastikan keadaan jalan raya ke Cameron Highlands melalui Perak dan Pahang selamat digunakan, kata Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata kerajaan pusat pada dasarnya bersetuju mengenai penubuhan jawatankuasa tersebut.
"Ini bagi memastikan cerun jalan raya dapat diawasi bagi mengelak kejadian kemungkinan berlaku tanah runtuh terutama ketika cuaca hujan lebat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan penjawat awam di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan sini hari ini.
Kerajaan negeri sebelum ini membangkitkan aspek keselamatan jalan Tapah-Cameron Highlands dan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Beliau berkata kerajaan pusat khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga memberi jaminan kepada kerajaan negeri bahawa tindakan segera akan diambil berhubung kejadian hakisan dan runtuhan di laluan berkenaan.
"Laluan Tapah merupakan jalan raya terawal dan satu-satunya penghubung ke Cameron Highlands dari Perak iaitu sejak zaman kolonial. Kini satu lagi laluan iaitu jalan raya Simpang Pulai-Cameron Highlands merupakan laluan alternatif.
Kedua-dua jalan ini menghubungkan Perak ke kawasan itu," kata Dr Zambry. Sabtu lepas, laluan Tapah-Cameron Highlands ditutup hingga dibuka kepada hanya kenderaan ringan pada 4.20 petang semalam kerana beberapa lokasi di sepanjang jalan itu mengalami tanah runtuh.
Setakat ini beberapa lokasi telah dibersihkan daripda kesan tanah runtuh, namun kerja-kerja membaiki struktur laluan masih diteruskan.
Bernama
Mon Nov 10 2014
MKN memberi jaminan kepada kerajaan negeri bahawa tindakan segera akan diambil berhubung kejadian hakisan dan runtuhan di laluan berkenaan. - Foto Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.
Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands selamat dilalui
Laluan di Kilometer (KM) 67, Jalan Besar Brinchang yang terjejas akibat tanah runtuh pada Sabtu selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Siasat menyeluruh insiden tanah runtuh Cameron Highlands - NGO
Reach menggesa siasatan menyeluruh dilakukan di lokasi berlakunya tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang, Kilometer (KM) 67 berhampiran Agro Market di sini pada Sabtu.