SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri itu.
Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, jawatankuasa khas berkenaan diwujudkan bertujuan mengawal dan mengekang kegiatan dakwah dalam talian yang bertentangan dengan enakmen, fatwa serta undang-undang syariah Selangor.
"Jawatankuasa khas ini ditubuhkan untuk melihat perkara seperti itu termasuk membabitkan soal penguatkuasaan (bahan dalam talian) antaranya bagaimana penguatkuasaan boleh dibuat jika alamat protokol Internet (IP) berada di luar (Selangor).
"Semua ini kita teliti dan sedang menetapkan kaedah serta cara bagaimana untuk mengekang serta mengawal perkara-perkara sebegini," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shafie Ngah (PN-Sungai Ramal) yang ingin tahu usaha kerajaan negeri berkait kegiatan dakwah dalam talian yang dikhuatiri menyimpang dan bertentangan dengan enakmen, fatwa dan undang-undang syariah Selangor.
Mohammad Fahmi berkata jawatankuasa itu turut dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024

Dr Mohammad Fahmi berkata jawatankuasa khas berkenaan diwujudkan bertujuan mengawal dan mengekang kegiatan dakwah dalam talian yang bertentangan dengan enakmen, fatwa serta undang-undang syariah Selangor. - Gambar Bernama
Sidang Kemuncak ASEAN dijangka bawa pelaburan RM300 bilion
Sidang kemuncak Asean ke-46 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dijangka menjadi pemangkin pelaburan asing ke malaysia, dengan nilai limpahan mencecah lebih RM 300 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.
Produktiviti buruh setiap jam meningkat 1.0 peratus pada S1 2025
Produktiviti buruh malaysia bagi setiap jam bekerja mencatat peningkatan 1.0 peratus kepada RM42.50 sejam pada suku pertama 2025, menurut laporan terbaharu jabatan perangkaan Malaysia.
Petronas tetap perlu mohon pemberitahuan pengecualian
Deklarasi persetujuan antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berkaitan industri minyak dan gas pada rabu menyaksikan sarawak beri pengecualian lesen pengoperasian aktiviti gas kepada Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di wilayah berkenaan.

SPRM buka 8 kertas siasatan baharu berhubung aset Daim di luar negara
Lapan kertas siasatan baharu dibuka dalam siasatan terhadap bekas menteri kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

Tempoh lanjutan perkhidmatan Tengku Maimun akan diteliti - PM Anwar
Kerajaan sedang mempertimbang untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Rapat AMK jadi medium suara, pengisian calon
Rapat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia 2025 menjadi medium suara dan pengisian 72 calon ahli majlis pimpinan AMK pusat yang bertanding dalam Pemilihan Kongres Nasional PKR, di Johor Bahru, pagi Jumaat

Wanita warga emas ditemukan lemas dalam perigi
Pasukan bomba tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan dan mendapati mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.
[TERKINI] SPRM akan rakam keterangan bekas menantu Ismail Sabri di Indonesia
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata proses rakaman percakapan itu akan diambil dalam tempoh dua minggu ini kerana individu terbabit kini menetap di Indonesia.

APAD disaran batal lesen syarikat pengangkutan yang bermasalah - JPJ
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) disaran untuk membatalkan lesen pengendali mana-mana syarikat pengangkutan yang gagal memastikan kenderaan mereka selamat untuk beroperasi di atas jalan raya.

SPRM akan rakam keterangan bekas menantu Ismail Sabri di Indonesia
SPRM akan memanggil Datuk Jovian Mandagie, bekas menantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan bekas perdana menteri berkenaan.

2,474 bekas ahli GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,474 bekas ahli GISB Holdings (GISB) termasuk 1,410 kanak-kanak menyertai program pemulihan akidah di bawah kendalian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

MAIS lancar kad PPI, elak penipuan ejen palsu
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperkenalkan kad Perancang Pewarisan Islam (PPI) kepada kesemua ejen berdaftar sebagai inisiatif mencegah penipuan membabitkan hal pengurusan harta.

MAIS daftar 1,875 mualaf tahun lepas
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mendaftarkan 1,875 individu sebagai mualaf sepanjang tahun lepas, kata pengerusinya Datuk Salehuddin Saidin.

Kebakaran gas Putra Heights: Sultan Selangor titah MAIS salur bantuan kepada pelajar terjejas
Sultan Selangor menitahkan MAIS menyalurkan bantuan kepada pelajar semua peringkat persekolahan yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

LZS belanja RM35.3 juta santuni masyarakat di Selangor sepanjang Ramadan - Exco
Jumlah itu merangkumi sumbangan kepada 75,207 asnaf dan fakir miskin, baik pulih infrastruktur masjid serta program pengimarahan masjid di seluruh Selangor.

Tarik tauliah, haramkan mengajar agama di Selangor jika terbukti pukul remaja - Exco
Mohammad Fahmi turut menzahirkan kekecewaan dengan tindakan ganas berkenaan yang jelas bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Senator Datuk Salehuddin Saidin dilantik Pengerusi MAIS baharu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Senator Datuk Salehuddin Saidin sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baharu berkuat kuasa 1 Mac.

2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan MAIS bermula 15 Feb ini.

Lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah 2023 diagih kepada 50,054 penerima - MAIS
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah pada 2023 kepada 50,054 penerima yang layak sepanjang tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 38 tahun untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.