KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, blok pembangkang sentiasa bersedia untuk bersama-sama kerajaan dalam menguruskan pandemik COVID-19.
Sehubungan itu, bekas Menteri Kesihatan itu menyambut baik keputusan kerajaan untuk melibatkan wakil pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik.
Jelas beliau lagi, apa yang diharapkan ialah jawatankuasa khas itu turut melibatkan pakar-pakar dan penyelidik bagi menggembleng tenaga dalam usaha menangani krisis kesihatan.
"Saya sangat menyokong dan ini pastinya akan memberi kuasa yang diperlukan dan bukan hanya untuk persiapan tetapi untuk memastikan pelaksanaan itu dapat dikuatkuasakan lebih baik.
"Kita memang sudah ada banyak blueprint dan program-program perancangan, tetapi (perlu) diteruskan dengan penglibatan dan pemantauan semua pihak.
"Kita dari pihak pembikin dasar, pelaksanaan sudah pun dilakukan melibatkan jentera-jentera Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), jawatankuasa kesihatan negeri dan melibatkan pihak swasta," katanya kepada Astro AWANI di sini, hari ini.
Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan wakil pembangkang akan terlibat dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik.
Perdana Menteri berkata, pendekatan tersebut merupakan salah satu usaha kolektif untuk melibatkan semua pemegang taruh bagi memastikan pemulihan negara berjalan seperti yang telah dirancang, seiring dengan semangat Keluarga Malaysia.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly yang juga Pengerusi Pasukan Khas COVID-19 Selangor berkata, pandangan dan idea-idea akan diberikan memandangkan blok pembangkang juga mempunyai jawatankuasa kesihatan Pakatan Harapan (PH).
"Jadi ya, kita bersedia dan telah kemukakan sebelum ini dan akan terus terlibat supaya kita sama-sama mendepani pengurusan pandemik ini," ujarnya lagi.
Dalam perkembangan sama, beliau tidak menolak kemungkinan perbincangan lanjut akan diadakan oleh pihak pembangkang bagi membincangkan mengenai penglibatan dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik.
Hasimi Muhamad
Thu Sep 02 2021
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyambut baik keputusan kerajaan untuk melibatkan wakil pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Jawatankuasa Khas: Pembangkang sentiasa bersedia, sambut baik usaha kerajaan - Dr Dzulkefly
Pembangkang harap jawatankuasa itu libatkan pakar-pakar dan penyelidik bagi menggembleng tenaga dalam usaha menangani krisis kesihatan.
Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik libat wakil pembangkang - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan wakil pembangkang akan terlibat dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik di negara ini.