awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah perlu segera ditubuhkan - PPMM

Bernama
Bernama
23/11/2023
16:19 MYT
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah perlu segera ditubuhkan - PPMM
Muhamad Hisham berkata PPMM menzahirkan penghargaan kepada usaha kerajaan mengukuhkan pendirian dalam menyelesaikan perkara berkenaan secara tuntas dan menyeluruh. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja perlu segera ditubuhkan dengan mengambil kira keadaan semasa melibatkan pelbagai cabaran undang-undang akibat pertindihan kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Persekutuan.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Muhamad Hisham Marzuki berkata penyelesaian ini perlulah dilaksanakan segera memandangkan sebelum ini terdapat 157 syor untuk pelaksanaan yang telah diperincikan oleh suatu Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan.
"Malah, perkara ini telah lama timbul dan dikenal pasti untuk dicadangkan pindaan-pindaan yang wajar dalam undang-undang sedia ada," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Muhamad Hisham berkata PPMM menzahirkan penghargaan kepada usaha kerajaan mengukuhkan pendirian dalam menyelesaikan perkara berkenaan secara tuntas dan menyeluruh.
"PPMM juga menyokong penuh usaha untuk memperkasa kuasa Mahkamah Syariah yang sedia melalui jawatankuasa tersebut yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pakar dalam bidang undang-undang termasuk Syariah," katanya.
Pada 21 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah.
Anwar berkata jawatankuasa itu akan meneliti dan berbincang dengan mufti serta semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan supaya ada peraturan yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
"PPMM terus menyokong penuh usaha ke arah menyelesaikan isu pertindihan bidang kuasa antara negeri dan Persekutuan ini serta komited untuk memastikan prinsip Perlembagaan Persekutuan adalah terus terpelihara demi memelihara keamanan dan keharmonian rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah syariah
#Perlembagaan Persekutuan
#bidang kuasa
#jawatankuasa khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan