KUALA LUMPUR: Jawatankuasa khas bagi mengkaji cadangan memansuhkan hukuman mati akan menyerahkan hasil kajian mereka kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak lama lagi.
Dalam kenyataan di sini Wan Junaidi berkata beliau kemudiannya akan membentangkan hasil kajian itu kepada kabinet, dan selepas kabinet diberi taklimat berhubung perkara itu, barulah keputusan mengenainya akan dimuktamadkan.
"Kita terima banyak gesaan untuk memansuhkan hukuman mati ini. Sebagai menteri kabinet, peranan saya adalah untuk mengakses keberkesanan hukuman ini sebagai langkah pencegahan. Kita perlu kaji perkara ini sedalamnya sebelum membuat apa-apa keputusan.
"Kita juga perlu melihat sekiranya pemulihan pesalah, jika boleh dilaksanakan, akan menjadi pilihan yang lebih baik dan memelihara kepentingan masyarakat keseluruhannya," katanya.
Beliau berkata jawatankuasa berkenaan ditubuhkan pada 2019 untuk melihat maklum balas orang ramai terhadap cadangan itu di samping meneliti kesan terhadap keputusan sedemikian, dan diminta untuk melihat isu itu dari beberapa aspek, dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan.
"Satu tugas kritikal jawatankuasa ini adalah untuk menilai keberkesanan hukuman mati sebagai langkah pencegahan," katanya.
Wan Junaidi berkata kajian itu juga selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memulihkan penjenayah, jika boleh, dan kemudiannya mengasimilasikan mereka kembali ke dalam komuniti masing-masing sebagai ahli masyarakat yang berguna.
"Sekiranya mereka telah menjalani hukuman penjara, membayar denda, benar-benar kesal dengan apa yang telah dilakukan dan dipulihkan sepenuhnya, kita tidak boleh menutup terus pintu bagi mereka," katanya.
Menurut kenyataan itu rang undang-undang bagi meminda peruntukan berhubung hukuman mati, serta lain-lain undang-undang yang berkaitan, dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada suku ketiga 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021

Wan Junaidi berkata beliau kemudiannya akan membentangkan hasil kajian itu kepada kabinet, dan selepas kabinet diberi taklimat berhubung perkara itu, barulah keputusan mengenainya akan dimuktamadkan. - Gambar fail/BERNAMA

Aktivis terlibat protes, lekatkan badan atas jalan dipenjara 8 bulan
Seorang aktivis iklim daripada kumpulan alam sekitar Last Generation dijatuhi hukuman penjara lapan bulan tanpa parol di Berlin pada Khamis, jurucakap mahkamah mengesahkannya kepada media tempatan.
Suruhanjaya Sekuriti sasar 35-40 IPO baharu pada tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata saluran bagi tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kekal sihat dan menyasarkan sebanyak 35-40 IPO baharu bagi tahun ini.
MNRB umum dividen akhir 4.45 sen
MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengumumkan dividen akhir sebanyak 4.45 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2023.
Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan, Brunei
Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di tiga pasaran eksport iaitu Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei, baru-baru ini.

Pengawal peribadi ditahan menyamar polis untuk jumpa teman wanita
Seorang pengawal peribadi sebuah syarikat kawalan keselamatan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis, dalam kejadian di kawasan perumahan di Bandar Sungai Long, Kajang, Rabu lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Menjelang kenyataan Malaysia PM, 9.30 malam ini
Menjelang Kenyataan Malaysia yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penampilan pertamanya sebagai pemimpin utama negara, ikuti kupasan bersama Penganalisis Dasar Politik, Ekonomi & Pengajian Antarabangsa, UUM, Dr. Md. Shukri Shuib.
MNRB umum dividen akhir 4.45 sen
MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengumumkan dividen akhir sebanyak 4.45 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2023.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Thaksin bakal kembali berperanan dalam kerajaan - PM Thailand
Perdana Menteri Thailand berkata pendahulunya, Thaksin Shinawatra akan berperanan dalam kerajaan selepas dibebaskan daripada penjara, yang dijangka berlaku pada Februari tahun depan.
PM Anwar sampaikan kenyataan negara jam 9.30 malam ini
Antara intipati yang akan disuarakan Malaysia ialah mengenai usaha negara dalam menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030.

PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.

Perak bentuk jawatankuasa khas nilai aspek keselamatan di tapak kuari
Satu jawatankuasa khas akan dibentuk dalam masa terdekat bertujuan menilai semula aspek keselamatan bagi pengoperasian kuari di Perak.

Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco
Pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.

Tiada keperluan tubuh jawatankuasa khas selamatkan Tanah Rizab Melayu di Kedah - Sanusi
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata tiada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyelamatkan Tanah Rizab Melayu di negeri itu.

KPT tubuh jawatankuasa khas semak, kaji dasar pendidikan tinggi nasional
Sebuah jawatankuasa khas sedang dibentuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dipertanggungjawab untuk membuat semakan dan kajian secara mendalam mengenai dasar pendidikan tinggi nasional.

FMM gesa kewujudan 'agensi juara tunggal' mengenai TVET
Kerajaan mesti menyelaraskan latihan dan kelayakan serta membina jenama dan pengiktirafan TVET.

KDN tubuh jawatankuasa khas teliti isu berkaitan kewarganegaraan
Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti isu berkaitan kewarganegaraan secara menyeluruh daripada pelbagai aspek.

NUTP gesa wujudkan jawatankuasa khas kaji beban tugas guru
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa kerajaan segera mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula beban tugas guru.

Johor tubuh jawatankuasa khas teliti infrastruktur dan jalan yang kerap dilanda banjir
Kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti infrastruktur serta jalan-jalan yang kerap dilanda banjir di Johor, dan mengambil pelbagai langkah bagi menanganinya.

Selangor bentuk jawatankuasa khas kaji kemungkinan krisis ekonomi
Jawatankuasa tersebut akan merangka dan mencadangkan penyelesaian bagi menyerap kesan daripada krisis ekonomi sekiranya ia berlaku.