awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik

Jawatankuasa Muzakarah MKI bermesyuarat berhubung tunggakan cukai individu meninggal dunia

Bernama
Bernama
17/05/2023
07:57 MYT
Jawatankuasa Muzakarah MKI bermesyuarat berhubung tunggakan cukai individu meninggal dunia
Mohd Na'im berkata MKI memainkan peranan menyelaraskan semua isu berkaitan dengan agama Islam supaya tidak timbul sebarang percanggahan pendapat. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi mencari kesepakatan mengenai pembayaran cukai tertunggak individu yang meninggal dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Ini susulan perbezaan pandangan antara dua mufti iaitu Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor dan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berhubung perkara itu.
Wan Salim dilaporkan berpandangan waris harus membayar tunggakan cukai, manakala Abdul Rahman pula berpendapat pewaris harta pusaka pembayar cukai pendapatan yang sudah meninggal dunia tidak perlu membayar cukai tertunggak ditinggalkan.
"Saya harap daripada muzakarah ini, dapat capai kata sepakat untuk mengelak kekeliruan umat Islam di negara ini mengenai pembayaran cukai tertunggak individu yang meninggal dunia," katanya yang turut memaklumkan mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi MKI Datuk Nooh Gadut.
Ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri 2023 di sini hari ini, Mohd Na'im berkata MKI memainkan peranan menyelaraskan semua isu berkaitan dengan agama Islam supaya tidak timbul sebarang percanggahan pendapat.
"Kita akan cari jalan untuk selesaikan sebarang percanggahan berkaitan agama Islam," katanya.
Menurutnya MKI dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengambil inisiatif menjalankan kajian syarak berhubung perkara itu.
Pada 11 Mei lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Mohd Nizom Sairi dilaporkan berkata waris bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang komitmen si mati termasuk pengurusan cukai pendapatan.
Seksyen 74 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) menetapkan sebarang tunggakan cukai pendapatan tidak boleh dihapuskan secara automatik walaupun individu terbabit disahkan meninggal dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#tunggakan cukai
#meninggal dunia
#MKI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.