KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa bagi memantau pencapaian, pelaksanaan dasar dan strategi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini berikutan kerajaan akan sentiasa memantau pelaksanaan projek terbabit bagi memastikannya mengikut jadual.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan mengenai RMK-12 di persidangan Dewan Rakyat semalam dan menjawab pertanyaan mengenai keperluan berkaitan penyediaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta mekanisme penyampaian berkesan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Menurutnya, terdapat beberapa jawatankuasa bagi membincangkan langkah-langkah penambahbaikan pelaksanaan projek 'sakit' atau lewat daripada jadual di setiap peringkat kementerian dan negeri seperti Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) dan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg).
"Bagi mencapai 'outcome' (hasil) yang telah ditetapkan dalam RMK-12, kerajaan telah menggariskan strategi utama yang akan disokong dengan inisiatif serta tindakan perlu dilaksanakan oleh kementerian atau agensi berkaitan.
"Unit Perancang Ekonomi (EPU) misalnya sedang memuktamadkan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) yang akan disiapkan pada November ini. Menerusi PPD ini, setiap strategi akan dipetakan dengan inisiatif berkaitan, KPI masing-masing serta kementerian dan agensi penyelaras dan pelaksana yang bertanggungjawab," katanya.
Menurut Mustapa, PPD yang mula diperkenalkan ketika Kajian Separuh Penggal RMK-11 akan diteruskan bagi digunapakai dalam RMK-12 dengan beberapa penambahbaikan.
Dalam pada itu, Mustapa juga menafikan dakwaan bahawa sejumlah RM2 bilion telah dibelanjakan untuk menyiapkan buku RMK-12 sebaliknya ia hanya melibatkan kos sebanyak RM4.2 juta termasuk perbelanjaan untuk sesi libat urus, percetakan dan perunding media.
"Oleh itu, dakwaan Yang Berhormat Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bahawa sejumlah RM2 bilion telah dibelanjakan untuk menyiapkan buku RMK-12 adalah tidak berasas," katanya.
Sambil menyifatkan proses menyiapkan dokumen RMK-12 sebagai pengalaman paling mencabar kerana perlu disemak beberapa kali akibat pandemik COVID-19, beliau berkata dokumen tersebut juga tidak disediakan oleh perunding asing.
"Ia sebaliknya telah disediakan oleh pegawai EPU dengan kerjasama kementerian dan agensi serta sokongan beberapa pihak berkepentingan yang terlibat dalam menyediakan input dan cadangan.
"Selain itu, EPU juga telah mendapatkan khidmat nasihat daripada INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara), perunding tempatan serta bekas pegawai EPU untuk menyemak konsistensi serta menambah baik gaya bahasa dan kaedah penyampaian dokumen agar mudah difahami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021

Mustapa juga menafikan dakwaan bahawa sejumlah RM2 bilion telah dibelanjakan untuk menyiapkan buku RMK-12 sebaliknya ia hanya melibatkan kos sebanyak RM4.2 juta. - Gambar fail

Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di BSI
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di kawasan Bangunan Sultan Iskandar, 22 Mei lepas.

Beberapa jalan utama di P.Pinang akan ditutup pada 3 dan 4 Jun ini
Penutupan jalan-jalan utama akan dilakukan pada 3 Jun bermula 12 malam hingga 4 Jun pada 1 tengah hari.

Anwar mahu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo diselesaikan guna 'fast track'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak diselesaikan dengan kaedah 'fast track' atau laluan pantas.

Remaja mati otak selepas bergaduh di perlawanan bola sepak
Seorang remaja berusia 15 tahun dari Berlin disahkan mati otak akibat cedera dalam pergaduhan pada kejohanan bola sepak remaja antarabangsa di Frankfurt.

MAHB beroperasi kapasiti penuh, jangka 31,600 pengembara musim haji
Peningkatan aliran penumpang pada musim haji tahun ini diramal menyumbang kepada 12 hingga 28 peratus kenaikan dalam pergerakan jumlah penumpang bulanan bagi Malaysia.

Anwar jumpa Hajiji, Ahmad Yakob esok, usaha selesai isu air di Sabah, Kelantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Xpats Gateway: Permohonan permit kerja ekspatriat dipendekkan dari 80 ke 5 hari - Rafizi
Sistem baharu bagi proses pas penggajian ekspatriat, Xpats Gateway, akan memendekkan proses permohonan permit kerja daripada lebih 80 hari kepada lima hari bekerja sahaja.

Azlinda Azman dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Prof Dr Azlinda Azman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 30 Mei 2025, demikian umum Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini.

Malaysia kerugian RM4.5 trilion akibat rasuah & ketirisan, masa untuk TRAC!
Melalui TRAC, mereka yang secara sukarela mengembalikan wang, vila percutian, aset bergerak dan/atau tak bergerak, dan lain-lain boleh diberikan pengampunan daripada pendakwaan dengan beberapa sekatan

Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.

KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar
Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Fasa pertama program pembasmian kemiskinan RMK12 bermula hujung Disember - Tok Pa
Kerajaan komited mahu hapuskan golongan miskin tegar, iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM1,169 dengan empat ahli keluarga, menjelang 2025.

Indikator peraturan perniagaan merosot, seruan kuat pembaharuan kawal selia - PM
Kemerosotan itu dari kedudukan ke-19 pada tahun 2010 kepada kedudukan ke-47 pada tahun 2021.

PRN Sarawak: Sudah ada perancangan wujudkan terminal bas di Kapit
Keputusan sama ada diluluskan atau sebaliknya masih belum diketahui.

Dewan Negara lulus usul RMK12
Dewan Negara hari ini meluluskan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), rancangan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025.

Bajet 2022: REDHA anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion
Senada dengan REHDA, CGS-CIMB berkata prospek penambahan semula sektor pekerjaan dijangka semakin baik secara beransur-ansur pada suku keempat 2021 dan separuh pertama tahun depan.

RMK12: Projek berimpak tinggi bakal dilaksana di Terengganu
Ia bagi meningkatkan kesinambungan dan akses yang lebih baik kepada infrastruktur asas, ameniti dan perkhidmatan.

Kerajaan bukan tiada wang, tetapi salah belanja - Pakar ekonomi
Wang banyak dibelanjakan kepada perkara yang tidak perlu ketika negara berdepan krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19, sekali gus menjejaskan tahap kepercayaan terhadap kerajaan.

Sarawak tuntut peruntukan tambahan dalam RMK-12 - Abang Jo
Kerajaan Sarawak menuntut peruntukan tambahan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) selari dengan fokus ketujuhnya untuk mengurangkan jurang pembangunan negeri itu.