awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Padah parkir bahu jalan, tiga kereta 'disagat' treler
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Pemandu kumpul data bentuk silibus MA63 - Ongkili

Bernama
Bernama
29/06/2021
11:03 MYT
Jawatankuasa Pemandu kumpul data bentuk silibus MA63 - Ongkili
Ongkili berkata jawatankuasa berkenaan menyasarkan untuk menghasilkan output yang dapat diterima daripada aspek perundangan mahupun akademik. - fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Sebuah Jawatankuasa Pemandu akan dibentuk untuk mempercepat usaha mengumpul data mengenai sejarah dan aspek undang-undang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata jawatankuasa pemandu yang terdiri daripada anggota Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS); Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) dan Institut Kajian Pembangunan (IDS) itu akan mengumpulkan semua fakta sejarah yang membawa kepada pembentukan Malaysia 58 tahun yang lepas.
"Jawatankuasa Pemandu ini akan membangunkan silibus mengenai MA63 dan pembentukan Malaysia untuk sekolah, pelajar pengajian tinggi, dan rujukan awam.
"Usaha ini akan diselaraskan oleh BHESS, dan pasukan pembentukan yang dipimpin oleh SLS, dengan input diperoleh dari IDS dan Kementerian Pendidikan, serta anggota akademik yang akan mengembangkan silibus untuk kelompok sasaran," katanya.
Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat yang diadakan secara dalam talian bersama-sama peguam kanan SLS, diketuai oleh Presidennya Roger Chin, dan Ahli Lembaga IDS, diketuai oleh Pengerusinya Dr Mohd Yaakub Johari.
Ongkili berkata jawatankuasa berkenaan menyasarkan untuk menghasilkan output yang dapat diterima daripada aspek perundangan mahupun akademik.
Ia sekali gus dapat membantu menghapuskan tafsiran fakta yang salah atau tidak tepat dan seterusnya memberikan gambaran sebenar mengenai peristiwa dan perjanjian berkenaan, katanya.
"Terdapat banyak tafsiran mengenai MA63 di luar sana dan kami berharap silibus ini kelak akan dapat membuat catatan maklumat yang sahih. Kami ingin mengelak orang ramai daripada ditipu dan dipesongkan tentang fakta sebenar perjanjian bersejarah itu," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#undang-undang
#MA63
#pendidikan
#silibus
#Sabah
#Jawatankuasa Pemandu
#Perjanjian Malaysia 1963
#Maximus Ongkili
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan