KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara lain, berperanan utama menasihati menteri mengenai cara dan sumber untuk meningkatkan asas hasil negara dan mengurangkan perbelanjaan mengurus.
Dalam kenyataan pada Ahad, Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hassan Marican berkata Jawatankuasa Penasihat itu juga akan menasihati Menteri Kewangan mengenai perkara berkaitan subsidi termasuk menyemak dan menyusun semula subsidi sedia ada, dan penyediaan perlindungan sosial yang lebih holistik.
Beliau berkata Jawatankuasa Penasihat juga akan memberi nasihat mengenai perkara berhubung syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk menentukan kaitannya dalam konteks semasa dan menyatukan mana yang sesuai, selain perkara berkaitan hutang negara dan tadbir urus yang baik.
"Jawatankuasa Penasihat melapor terus kepada Menteri Kewangan, dan akan bermesyuarat sekerap mungkin bergantung kepada keperluan," katanya.
Beliau berkata sebuah sekretariat yang akan menyokong operasi Jawatankuasa Penasihat telah dibentuk dan terletak di Menara Berkembar Petronas di sini.
Mohd Hassan atas kapasitinya sebagai pengerusi jawatankuasa itu juga telah mempelawa Nurul Izzah Anwar untuk mengetuai sekretariat itu secara bersama dengan Khairil Anuar Ramli.
Beliau berkata Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan telah mengadakan mesyuarat sulung pada Jumaat 10 Februari 2023.
Mesyuarat itu dipengerusikan Mohd Hassan Marican yang juga Penasihat Petronas dan dihadiri oleh ahlinya yang lain iaitu Pengerusi Sarawak Energy Bhd, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi; Pengerusi Eksekutif FPSO Ventures Sdn Bhd, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ulung Ekonomi di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya, Datuk Dr Rajah Rasiah; dan Profesor Ekonomi di Fakulti Perniagaan Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023

Mohd Hassan berkata Jawatankuasa Penasihat itu juga akan menasihati Menteri Kewangan mengenai perkara berkaitan subsidi termasuk menyemak dan menyusun semula subsidi sedia ada.
Pejabat Presiden Indonesia di Nusantara siap 38 peratus
Presiden Indonesia, Joko Widodo memaklumkan pembinaan pejabat presiden di ibu negara baharunya, Nusantara di Pulau Borneo siap 38 peratus.

Selangor juara bina rumah mampu milik - Amirudin
Selangor berjaya membina 40,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun sejak 2018, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Queenstown isytihar darurat tujuh hari
Langkah itu perlu bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan membantu mereka yang terjejas.

Agong berkenan serah kunci Ru'RASA, zahir penghargaan kepada UAE
Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan menyerahkan kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA), yang dibina dengan kerjasama kerajaan UAE kepada lapan penerima di daerah ini.

MCMC gesa pelaporan berita yang bertanggungjawab dan elak kandungan manipulatif
MCMC mendapati, beberapa pelaporan telah dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan.

Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan sederhana, menjejaki sentimen positif di pasaran ekuiti walaupun unit negara maju mengukuh.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen, selindung di sebalik madrasah
Jabatan Imigresen membongkar perbuatan sepasang suami isteri etnik Rohingya yang menjalankan kegiatan memalsukan dokumen untuk pelarian dengan berselindung di sebalik operasi madrasah mengajar al-Quran di Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat.
Air naik mendadak, mangsa tidak sempat selamatkan barangan
Mangsa banjir di daerah Baling menyifatkan paras air naik terlalu mendadak sehingga mereka tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang di dalam rumah.
Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan, hampir dua bilion panggilan dan 581 juta perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia dengan bantuan penyedia perkhidmatan syarikat telekomunikasi (telco) bagi menangani isu penipuan dalam talian.

Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu terbakar
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Jalan Permatang Pauh, di sini, mengalami kebakaran dalam kejadian jam 6 petang tadi.

Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan untuk tingkatkan hasil negara
Jawatankuasa Penasihat itu juga akan menasihati Menteri Kewangan mengenai perkara berkaitan subsidi.