awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa putuskan apungan terurus RON95, diesel selepas mesyuarat OPEC

Bernama
Bernama
21/11/2014
14:10 MYT
Jawatankuasa putuskan apungan terurus RON95, diesel selepas mesyuarat OPEC
AHMAD MASLAN: Jawatankuasa Dasar Fiskal akan membuat keputusan mengenai perkara tersebut seminggu dua lagi. -Gambar fail
Jawatankuasa Dasar Fiskal akan membuat keputusan sama ada meletakkan harga RON95 dan diesel pada apungan terurus dalam tempoh dua minggu lagi, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata keputusan itu akan dibuat selepas mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC), yang dijangka diadakan minggu depan.
“Jawatankuasa Dasar Fiskal akan membuat keputusan mengenai perkara tersebut seminggu dua lagi selepas keputusan mesyuarat OPEC yang dijangka diadakan pada minggu hadapan,” katanya.
Ahmad berkata sekiranya OPEC memutuskan untuk mengurangkan jumlah pengeluaran minyak, ia akan mengelak harga minyak dunia daripada terus jatuh, dan apungan terurus akan digunakan sekiranya harga minyak terus jatuh dan OPEC mengekalkan jumlah pengeluaran minyak seperti sekarang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perasmian Majlis Pecah Tanah Surau Nur Hidayah Kampung Parit Betak Darat di sini hari ini.
Ahmad berkata kerajaan disaran meletakkan RON95 dan diesel pada apungan terurus seperti RON97 berikutan penurunan sebanyak 20 sen RON97, menjadikannya RM2.55 seliter, pada Rabu.
Berharga RM2.30 (RON95), perbezaan harga RON95 dengan RON97 hanya 25 sen.
Harga minyak di Asia dilaporkan naik hari ini susulan harapan OPEC memutuskan untuk mengurangkan lagi pengeluaran minyak pada mesyuarat itu nanti.
Harga kontrak hadapan minyak West Texas meningkat 43 cent (dolar US) menjadikannya US$76.28 setong bagi penghantaran Januari tahun depan manakala minyak mentah Brent North meningkat 31 cent (dolar US) menjadikannya US$79.64 setong bagi penghantaran sama, dalam dagangan petang tadi.
Topic Berkaitan
#Datuk Ahmad Maslan
#harga minyak
#Jawatankuasa Dasar Fiskal
#OPEC
#RON95
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan