Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga yang kini dalam proses penubuhan akan berperanan mencari kaedah penyelarasan terbaik dalam menangani isu keganasan rumah tangga melalui libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, jawatankuasa di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu akan menjadi platform pemantauan dan penyelarasan antara agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menangani gejala itu.
"Selain itu, jawatankuasa ini merupakan pemudah cara dan perantara bagi memastikan perundangan berkaitan keganasan rumahtangga, termasuk Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521), prosedur operasi standard agensi kerajaan serta garis panduan berkaitan keganasan rumah tangga dilaksanakan dengan baik dan berkesan," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 (Belanjawan 2020) di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kementerian fokus dalam usaha menambah bilangan taska khususnya di agensi kerajaan terlebih dahulu sebagai sistem sokongan keluarga sekiranya wanita ingin kembali bekerja.
Bagi meningkatkan bilangan taska yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), KPWKM juga bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dengan menawarkan diskaun 20 peratus bil elektrik taska yang berdaftar bagi tempoh bermula esok hingga 31 Disember 2020.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Oct 31 2019
Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga akan berperanan mencari kaedah penyelarasan terbaik dalam menangani isu keganasan rumah tangga melalui libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan, kata Wan Azizah Wan Ismail. - Gambar fail
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jawatankuasa tangani isu keganasan rumah tangga - Wan Azizah
Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga yang kini dalam proses penubuhan akan berperanan mencari kaedah penyelarasan terbaik dalam menangani isu keganasan rumah tangga