Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuka satu kertas siasatan berhubung penganjuran Seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", di Putrajaya pada 15 dan 16 Feb lalu.
Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya dalam satu kenyataan Rabu berkata pihaknya sedang menyiasat dan mengenalpasti beberapa orang saksi yang menghadiri seminar berkenaan.
"Saya menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menanganinya. Orang ramai juga dinasihatkan supaya menghentikan sebarang provokasi bagi mengelakkan sebarang ketidakharmonian," kata kenyataan itu.
Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI bagi membantu siasatan.
Pada Ahad lepas, Kassim dilaporkan mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai 'kasta paderi' dan mendakwa Nabi Muhammad S.A.W. tidak perlu dimuliakan, serta rambut wanita bukan aurat.
Di IPOH, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Kassim Ahmad dan umat Islam yang bersetuju dengan ucapan yang disampaikannya di seminar itu agar bertaubat kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam.
Beliau turut menasihatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan ucapan Kassim yang bertajuk "Halatuju Negara untuk Tiga Puluh Tahun Akan Datang" kerana ia juga mengandungi perkara sangat berbahaya kepada aqidah mereka.
"Asasnya beliau bukan orang yang berkeahlian dalam membicarakan ayat-ayat hukum di dalam Al-Quran kerana sangat kurang ilmu asas bahasa Arab dan ilmu usul Fiqh yang merupakan mekanisme penting dalam menginstinbat hukum, sebaliknya beliau hanya menggunakan ilmu logik dan ilmu bahasa yang mudah sifatnya," kata Harussani kepada pemberita.
Katanya dalam ucapan itu, Kassim menyangkal beberapa perkara pokok dan asas dalam Islam iaitu mempertikaikan dua kalimah syahadah serta selawat, menafikan hadis sebagai sumber syariat Islam serta mengatakan umat Islam mengikut satu "kasta paderi" yang dipanggil ulama, selain rambut wanita bukan aurat.
Ini terserlah apabila rujukan Kassim hanya kepada orang bukan Islam dan beberapa orang Islam yang tidak dikenali dalam dunia akademia umat Islam dan ulama.
Harussani berkata mempertikaikan dua kalimah syahadah adalah perkara yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam kerana ini bertentangan dengan hadis Nabi serta mempertikaikan Nabi Muhammad sebagai Pesuruh Allah juga bertentangan dengan ajaran Allah dalam Al-Quran - ayat 29 surah al-Fath.
"Dalam ucapannya juga (Kassim) menafikan hadis sebagai satu sumber pensyariatan. Ini secara langsung menafikan kerasulan dan kenabian Nabi Muhammad kerana baginda tidak memperkatakan sesuatu mengenai agama Islam mengikut kemahuan dan pendapatnya sendiri, semua itu...adalah wahyu yang disampaikan oleh Allah melalui malaikat Jibril," katanya.
Harussani berkata mempertikai selawat ke atas Nabi juga bertentangan dengan firman Allah dalam ayat 56, surah Al-Ahzab.
Bernama
Wed Feb 19 2014
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
JAWI diminta rangka strategi, pelan tindakan lahir qari dan qariah berkualiti
JAWI diminta menyusun rangka strategi dalam tempoh tiga tahun bagi melahirkan qari, qariah, hafiz dan hafizah berkualiti.
Polis siasat kes bacaan doa tular
Polis menerima satu laporan berkenaan tindakan seorang lelaki yang membaca doa dalam satu majlis yang turut disertai upacara keagamaan penganut lain.
Jawi tambah pusat pelupusan al-Quran, tingkat produktiviti harian
Dengan adanya pusat pelupusan baharu tersebut, keupayaan melupuskan naskhah suci boleh dipertingkatkan sebanyak tiga kali ganda berbanding kadar sedia ada.
Ira Kazar dipanggil JAWI
Anak kepada pelakon veteran, Ira Kazar dilapor dipanggil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan minggu lalu.
JAKIM kenal pasti lokasi operasi Hadi Minallah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengenal pasti lokasi pusat operasi kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
JAWI benarkan solat Jumaat ikut kapasiti dan semua aktiviti imarah masjid
Kebenaran itu diberikan dengan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan 1.5 meter ketika solat jemaah.
Waris perlu benarkan jenazah pesakit COVID-19 di PUSUM dikebumi di tempat ditetapkan
Waris kepada jenazah pesakit COVID-19 di PUSUM diminta membenarkan urusan pengebumian dilakukan di tanah perkuburan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Tragedi kapal selam: Jawi saran masjid, surau lakukan solat jenazah ghaib
Ini bagi mendoakan mangsa yang beragama Islam yang meninggal dunia dalam tragedi kapal selam karam di Indonesia.
JAWI pantau individu Islam tidak hormati bulan Ramadan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan tetap menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap umat Islam yang tidak menghormati bulan Ramadan termasuk makan di tempat awam.