awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita

Bernama
Bernama
25/12/2025
05:00 MYT
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
Zulkifli berkata siasatan itu bagi membolehkan tindakan sewajarnya dikenakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tular di media sosial melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang berpakaian menyerupai wanita ketika menghadiri majlis bertaraf antarabangsa.

Ringkasan AI
  • JAWI diarah jalankan siasatan lanjut berhubung lelaki berpakaian wanita di majlis bertaraf antarabangsa; Menteri Hal Ehwal Agama kata tindakan sewajarnya perlu diambil.
  • Perbuatan tersebut disifatkan mencabar sensitiviti agama dan norma budaya; bercanggah dengan syariat Islam dan tidak seharusnya dinormalisasikan.
  • JAWI bersama MCMC turut bekerjasama untuk menurunkan kandungan berkaitan di media sosial; pendekatan dakwah dan pencegahan diperkukuh untuk memelihara keharmonian dan nilai budaya negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata langkah itu bagi membolehkan tindakan sewajarnya dikenakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
"Perbuatan ini telah mengundang reaksi negatif masyarakat dan disifatkan sebagai mencabar sensitiviti agama serta norma budaya di negara ini.
"Dari perspektif Islam, perbuatan menyerupai jantina lain adalah bercanggah dengan syariat dan tidak wajar dinormalisasikan dalam masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata JAWI turut diarahkan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menurunkan kandungan berkaitan di media sosial.
Zulkifli berkata pendekatan dakwah dan pencegahan akan terus diperkukuh melalui khutbah, program keagamaan dan penyampaian di media sosial, bagi meningkatkan kefahaman masyarakat serta memelihara keharmonian dan nilai budaya negara.
Baru-baru ini, tular di aplikasi media sosial kandungan video berdurasi 27 saat memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita menerima anugerah dalam satu majlis bertaraf antarabangsa.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#JAWI
#lelaki tempatan
#berpakaian wanita
#Zulkifli Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan