MALAYSIA
JBK tiada mandat bersuara isu ILC, fokus sahaja pada pemilihan - MTUC Sarawak
MTUC Sarawak berkata, JBK yang dilantik oleh mahkamah telah diberi mandat khusus untuk mengadakan pemilihan semula kepimpinan dalam tempoh tiga bulan.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bersama Khas (JBK) Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) seharusnya memberi fokus sepenuhnya kepada isu pemilihan kepimpinan kesatuan itu.
Demikian dinyatakan MTUC Bahagian Sarawak yang juga menambah, JBK perlu menghentikan sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pekerja dan pihak berkepentingan.
Ini kerana, tegasnya, JBK yang dilantik oleh mahkamah telah diberi mandat khusus untuk mengadakan pemilihan semula kepimpinan dalam tempoh tiga bulan.
"Malangnya, pemilihan yang sepatutnya dilakukan pada Mei 2025 ditangguhkan sehingga Ogos depan, menyebabkan MTUC kehilangan peluang untuk menghantar wakil ke Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC).
"Segala kenyataan di luar mandat itu, termasuk isu representasi ke ILC, hanya mengeruhkan keadaan," kata MTUC Sarawak dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu turut disokong oleh Sarawak Bank Employees Union (SBEU) yang menyifatkan tindakan JBK mengaitkan kerajaan dalam isu keengganan memberikan kelulusan perwakilan ke ILC sebagai menyimpang daripada tanggungjawab asal mereka.
“Kami ingin tegaskan bahawa menurut perintah persetujuan mahkamah, mandat JBK hanyalah untuk mengadakan Persidangan Perwakilan Khas. Mereka tidak diberi kuasa untuk mencalonkan wakil MTUC ke mana-mana persidangan,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif SBEU, Andrew Lo.
Tambahnya, tindakan sedemikian boleh dianggap menghina mahkamah dan boleh mengundang tindakan lanjut terhadap MTUC itu sendiri.
Kedua-dua pihak menyeru agar MTUC segera menyelesaikan kemelut dalaman ini supaya suara pekerja Malaysia dapat kembali didengari di platform antarabangsa yang penting seperti ILC.
Mereka turut mengingatkan bahawa gerakan pekerja yang kukuh dan bersatu bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja tempatan, malah meningkatkan kredibiliti negara di peringkat global.
Ketiadaan wakil rasmi MTUC ke ILC tahun ini mencetuskan perdebatan, selepas Pengerusi JBK J. Solomon mengkritik Kementerian Sumber Manusia kerana tidak menyertakan MTUC sebagai delegasi negara.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut disanggah oleh pelbagai pihak termasuk bekas Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor.
“Solomon tiada hak bercakap bagi pihak MTUC dari sudut perundangan. MTUC belum ada kepimpinan rasmi selepas presidennya dilucutkan jawatan dan statusnya kini tergantung di mahkamah,” tegas Kamarul.
Jelas beliau, keputusan Mahkamah Rayuan pada 21 Feb lalu yang mengarahkan penubuhan JBK hanya untuk mengendalikan Persidangan Perwakilan Khas dalam masa 90 hari.
Menurutnya lagi, ketiadaan MTUC di ILC tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia berpunca daripada kegagalan dalaman MTUC sendiri untuk menyelesaikan isu kepimpinan, dan bukannya disebabkan oleh tindakan atau sikap kerajaan.