KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bersedia menggerakkan lima buah helikopter bagi melaksanakan operasi membantu mangsa di beberapa negeri yang terjejas akibat banjir.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata seramai 40 anggota dan pegawai dikerahkan untuk melaksanakan operasi membantu mangsa banjir menggunakan helikopter bermula awal pagi ini.
Beliau berkata dua lokasi tumpuan pasukan tersebut setakat ini adalah di Hulu Langat, Selangor dan Bentong, Pahang.
"Setakat ini kita memberi tumpuan kepada dua kawasan tersebut kerana arus sungai yang deras dan ada mangsa terperangkap, tetapi mereka dilaporkan selamat kerana berada di kawasan tinggi bersama tujuh hingga lapan anggota bomba yang turut sama terkandas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Nor Hisham berkata keadaan cuaca hujan dan angin kuat turut diambil kira sebelum aset helikopter diatur gerak bagi melaksanakan operasi membantu mangsa banjir.
Beliau berkata anggota diarahkan untuk mengenal pasti lokasi dan keadaan cuaca cerah sebelum melaksanakan operasi itu, bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini berlaku terutamanya apabila keadaan hujan.
Beliau berkata dalam tempoh 24 jam, pihaknya menerima 1,800 panggilan kecemasan di seluruh negara, dengan 1,600 adalah dari kawasan Selangor yang terjejas akibat banjir.
"Cabaran utama kita adalah untuk memberi respon cepat dan halangan utama adalah bagaimana untuk masuk ke kawasan terjejas dengan jalan yang ditutup, serta ada kereta yang terperangkap di atas jalan.
"Kita mohon mangsa untuk bersabar dan kita akan cuba masuk untuk membantu," katanya.
Lembah Klang dilanda banjir menyebabkan lebih 3,600 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat malam tadi, serta sejumlah pengguna jalan raya terkandas akibat laluan dan lebuh raya ditutup setelah dinaiki air.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021
Anggota bomba diarah mengenal pasti lokasi dan keadaan cuaca sebelum melaksanakan operasi, bagi mengelak sebarang risiko yang tidak diingini. - Gambar hiasan
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Banjir: Jalan putus, situasi luar jangka antara cabaran anggota bomba
Situasi jalan putus di kebanyakan lokasi banjir antara cabaran utama dihadapi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika bertugas.
JBPM siap siaga hadapi MTL, tumpukan 4,619 lokasi kerap banjir
Data daripada PRABN serta JPS menunjukkan jumlah lokasi banjir berkenaan berkurangan berbanding 5,648 lokasi pada 2023.
Genap seminggu, pasukan SAR tidak putus asa cari mangsa tanah jerlus
Biarpun berdepan cabaran gas beracun yang mudah terbakar, pasukan SAR tetap gigih melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Tanah jerlus Masjid India: Bomba kesan ‘backlog’ 15 meter, usaha rungkai sekatan
Sekatan itu dikesan dalam lurang kumbahan dari lokasi mendapan tanah jerlus sehingga ke lokasi Wisma Yakin di ibu negara.
JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Pembakaran terbuka walaupun berniat baik berisiko wujud 'lompang perlindungan' - Bomba
Tindakan melakukan pembakaran terbuka, walaupun membakar secara niat baik berisiko mewujudkan 'lompang perlindungan' terhadap JBPM.
Pasukan khas akan ditubuh periksa peralatan keselamatan setiap bangunan - KP Bomba
Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan bagi memeriksa peralatan keselamatan yang dipasang di setiap bangunan agar berfungsi dengan baik.
Banjir Selangor: 9 maut termasuk sukarelawan, satu dikhuatiri hilang
Keadaan banjir di luar jangka melanda Lembah Klang, terutama Selangor sejauh ini dilaporkan telah meragut sembilan nyawa di negeri ini.
JBPM atur gerak lima helikopter bantu mangsa banjir
40 anggota dan pegawai dikerah melaksanakan operasi membantu mangsa banjir menggunakan helikopter bermula awal pagi ini.