awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama

Bernama
Bernama
23/03/2024
04:32 MYT
JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama
Ahmad Izram (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan kebajikan kepada salah seorang penerima sempena Lawatan Kerja Rasmi dan Majlis Berbuka Puasa di Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah di Kampung Solok Duku pada Jumaat. - Foto Bernama
ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memberi keutamaan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan balai bomba dan penyelamat (BBP) yang lama di seluruh negara, menerusi bajet inisiatif diterima jabatan itu.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata pada tahun lepas, sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi melakukan penambahbaikan di balai-balai berkenaan, untuk keselesaan anggotanya dalam menjalankan tugas.
"Menerusi lawatan kerja, saya melihat isu pembangunan dan penyelenggaraan kemudahan yang telah lusuh untuk kegunaan seharian seperti tandas, perlu diberi perhatian.
"Daripada bajet inisiatif diberi kerajaan, banyak perubahan positif dan penambahbaikan dibuat di seluruh negara termasuk di BBP Masjid Tanah ini, malah usaha itu akan diteruskan pada tahun ini menerusi bajet inisiatif tersebut," katanya kepada pemberita selepas melakukan Lawatan Kerja Rasmi dan Majlis Berbuka Puasa di sini malam tadi.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Timbalan Pengarah JBPM Melaka R Saiful Iswandy R Hassan dan Pengerusi Biro Kebajikan Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita JBPM (PERISMA) Datin Batiyah Bakar.
Sementara itu Ahmad Izram berkata pada majlis itu, 16 penerima terdiri daripada balu dan waris keluarga wira merah yang gugur ketika operasi, terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia, telah menerima sumbangan keseluruhan RM24,000 dengan masing-masing sebanyak RM1,500 seorang.
Beliau berkata program sumbangan Zon Selatan yang diagihkan itu merupakan hasil kerjasama PERISMA dan beberapa syarikat swasta kepada waris keluarga anggota yang bertugas di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#selenggara balai bomba
#JBPM
#Ahmad Izram Osman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan