MALAYSIA
JBPM kerjasama dengan FBI, perkukuh komitmen hadapi ancaman kimia
JBPM mahu memperkukuh kerjasama termasuk dengan Royal Canadian Mounted Police, Agensi Kesihatan Awam Kanada, FBI dan European Union Chemical, Biological, Radiological and Nuclear (CBRN) Centres of Excellence. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengulangi komitmen padunya untuk bekerjasama dengan rakan serantau dan antarabangsa bagi memperkukuh persediaan serta respons terhadap ancaman kimia.
Ringkasan AI
Ketua pengarahnya Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata jabatan itu mahu memperkukuh kerjasama termasuk dengan Royal Canadian Mounted Police, Agensi Kesihatan Awam Kanada, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), dan European Union Chemical, Biological, Radiological and Nuclear (CBRN) Centres of Excellence.
"Kerjasama itu memanfaatkan lebih 10,000 peserta daripada agensi tempatan dan antarabangsa," katanya ketika berucap pada majlis penutupan kursus dan latihan bersepadu mengenai respons kecemasan insiden kimia bagi rantau Asia.
Nor Hisham berkata JBPM turut mengulangi komitmen tidak berbelah bahagi terhadap Konvensyen Senjata Kimia, khususnya di bawah Article X on Assistance and Protection.
Beliau berkata jabatan itu telah melatih ratusan petugas tempatan termasuk daripada Polis Diraja Malaysia, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan serta Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan.
"Usaha kami penting kerana ia memperkukuh mekanisme dan prinsip pendekatan menyeluruh kerajaan dalam mengurangkan serta menangani insiden kimia menerusi pengukuhan pematuhan, siap siaga dan keupayaan.
"Kami juga berperanan sebagai pemudah cara dan menggalakkan perdagangan serta pelaburan dalam bahan kimia dan produk berasaskan kimia," katanya.
Sementara itu, Pegawai Kanan Program Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) Miguel Albaladejo Pomares merakamkan penghargaan kepada warga JBPM atas usaha menyediakan, menganjur dan melaksanakan kursus berkenaan.
Turut hadir Pengerusi Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia Datuk Bala Chandran Tharman dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman.
Program latihan selama tujuh hari itu bermula pada Rabu lepas disertai oleh 23 peserta dari Bangladesh, Bhutan, Kemboja, Fiji, India, Jordan, Maldives, Myanmar, Nepal, Pakistan, Filipina, Arab Saudi, Sri Lanka, Thailand, Turkmenistan dan Vietnam, bersama pemerhati dari Switzerland dan Afrika Selatan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JBPM menegaskan komitmen untuk bekerjasama dengan agensi serantau dan antarabangsa seperti FBI, Royal Canadian Mounted Police dan EU CBRN bagi memperkukuh respons terhadap ancaman kimia, melibatkan lebih 10,000 peserta latihan.
- Jabatan itu turut menyokong Konvensyen Senjata Kimia dan telah melatih ratusan petugas tempatan dalam kesiapsiagaan serta pematuhan terhadap insiden kimia, termasuk dari PDRM dan agensi pertahanan.
- Program latihan tujuh hari yang dianjurkan JBPM disertai 23 peserta dari 18 negara Asia dan pemerhati antarabangsa, dengan penghargaan diberikan oleh OPCW atas penganjuran dan pelaksanaan kursus kecemasan insiden kimia.