MALAYSIA
JBPM Melaka perluas penggunaan vakum BRV dalam kes berkaitan lebah, tebuan
Mohd Zaidi berkata penggunaan BRV yang dibangunkan anggota BBP Ayer Keroh itu membolehkan kumpulan lebah disedut dan dipindahkan ke lokasi selamat atau diserahkan kepada pengusaha lebah. - Gambar JBPM Melaka
MELAKA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berhasrat memperluas penggunaan vakum inovasi dikenali Bee Rescue Vacuum (BRV) 2025 dalam operasi berkaitan aduan lebah dan tebuan bagi menggantikan kaedah pembakaran atau penggunaan racun serangga.
Ringkasan AI
Pengarah JBPM Melaka Mohd Zaidi Ma'at berkata penggunaan BRV yang dibangunkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh itu membolehkan kumpulan lebah disedut dan dipindahkan ke lokasi selamat atau diserahkan kepada pengusaha lebah.
"Kaedah menggunakan sistem sedutan ini juga mampu mengurangkan risiko kepada anggota serta penduduk selain menyokong kelestarian alam sekitar kerana lebah dapat dipindahkan ke kawasan lebih selamat.
"Inovasi ini juga telah melalui proses pendaftaran harta intelek dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan akan diperluas penggunaannya ke seluruh Melaka, selain penambahbaikan berterusan turut dijalankan melalui kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan JBPM Melaka di sini hari ini.
Mohd Zaidi berkata alat inovasi BRV yang dibangunkan kumpulan Aria dari BBP Ayer Keroh sebelum ini telah diumumkan sebagai Johan Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Primer 2025 pada Sambutan Minggu Inovasi JBPM 2025 yang berlangsung di Kedah dari 23 hingga 25 Nov lepas.
Beliau berkata kemenangan itu merupakan satu kejayaan yang membanggakan dengan penghasilan peralatan inovasi yang kreatif, berimpak tinggi dan memberi manfaat nyata kepada jabatan.
"Kemenangan ini membuktikan JBPM Melaka bukan sahaja cemerlang di lapangan operasi tetapi juga maju dalam inovasi, teknologi, kreativiti dan komunikasi," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga JBPM Melaka atas pencapaian cemerlang dalam Audit Penarafan 5 Bintang 2025 apabila berjaya meraih empat bintang.
"Pencapaian ini juga amat membanggakan memandangkan hanya dua negeri memperoleh lima bintang manakala JBPM Melaka berada dalam kelompok tujuh negeri yang meraih empat bintang," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JBPM Melaka berhasrat memperluas penggunaan vakum inovasi BRV 2025 untuk operasi aduan lebah dan tebuan tanpa pembakaran atau racun serangga.
- Penggunaan BRV membolehkan lebah disedut ke lokasi selamat, mengurangkan risiko kepada anggota, serta menyokong kelestarian alam sekitar.
- Alat inovasi BRV oleh kumpulan Aria dari BBP Ayer Keroh meraih kejayaan dalam pertandingan KIK Primer 2025, menunjukkan kecemerlangan JBPM Melaka dalam inovasi dan operasi.