awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM perkasa Pasukan Bomba Sukarela, tindak balas awal sewaktu kecemasan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
19/09/2020
03:03 MYT
JBPM perkasa Pasukan Bomba Sukarela, tindak balas awal sewaktu kecemasan
Setakat ini, sebanyak 395 Pasukan Bomba Sukarela telah ditubuhkan melibatkan lebih 14,000 keanggotaan. - Gambar hiasan
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan memperkasakan fungsi dan peranan Pasukan Bomba Sukarela, khususnya di kawasan tanah tinggi, pulau dan kawasan terpencil.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kewujudan pasukan itu amat perlu bagi mengambil tindakan pantas sekiranya berlaku kecemasan di kawasan terbabit.
Katanya, pasukan itu juga dilatih dengan kemahiran kebombaan, sekali gus dapat memberikan tindak balas awal bagi mengawal sebarang insiden di tempat mereka.
"Mereka inilah yang akan beroperasi di kawasan-kawasan terpencil, bukan pulau sahaja, tetapi termasuk tanah tinggi.
"Contohnya, Cameron Highlands, Genting Highlands, perkampungan air, pesisiran pantai yang jauh daripada kawasan tanah besar atau kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak," katanya.
Sementara itu, bagi hotel bertaraf tinggi, terutamanya di kawasan tarikan pelancong, Mohammad Hamdan menggalakkan pihak itu menubuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).
Ujarnya, pasukan terbabit akan bertindak sebagai respon pertama sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.
Setakat ini, sebanyak 395 Pasukan Bomba Sukarela telah ditubuhkan melibatkan lebih 14,000 keanggotaan.
Topic Berkaitan
#air
#bomba
#Bomba sukarela
#Cameron Highlands
#Genting Highlands
#hotel
#JBPM
#Pasukan Tindakan Kecemasan
#pelancong
#Peranan
#Perkasakan
#Pesisiran pantai
#tanah tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan