awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM rancang bina empat pangkalan udara babit kos RM200 juta

Bernama
Bernama
14/11/2023
21:00 MYT
JBPM rancang bina empat pangkalan udara babit kos RM200 juta
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, bagaimanapun, pihaknya setakat ini masih dalam proses mengenal pasti tapak bersesuaian bagi pembinaan empat pangkalan udara itu. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merancang membina pangkalan udara di wilayah Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak dengan kos sebanyak RM200 juta.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata bagaimanapun, pihaknya setakat ini masih dalam proses mengenal pasti tapak bersesuaian bagi pembinaan empat pangkalan udara itu.
Beliau berkata, keutamaan akan diberikan bagi pembinaan pangkalan udara wilayah Selatan di Senai, manakala Pantai Timur sama ada di Akademi Bomba Wakaf Tapai di Terengganu atau Kuantan, Pahang.
"Pangkalan udara ini akan dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, hangar dan helipad. Anggaran bagi membangunkan satu pangkalan udara ialah RM50 juta," katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022, di sini, pada Selasa.
Turut hadir, Pengarah JBPM Johor, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Siti Rohani Nadir dan Timbalannya, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang.
Abdul Wahab berkata, Pangkalan Udara Wilayah Tengah di Subang, Selangor masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2025, manakala Pangkalan Udara Wilayah Utara di Bertam, Pulau Pinang dijadual dirasmikan pada Sabtu ini.
Beliau berkata, pembinaan pangkalan udara penting bagi memastikan kepantasan perkhidmatan JBPM terutama dalam operasi dan bantuan penyelamatan serta bantuan logistik bencana seperti banjir.
Pembinaan pangkalan udara di Johor, katanya perlu diberikan keutamaan kerana negeri itu mempunyai kawasan industri minyak dan gas yang besar dan berisiko tinggi di Pengerang.
Justeru itu, beliau berharap kerajaan Johor dapat membantu untuk mengenal pasti tapak yang bersesuaian di Senai.
"...kerana Johor ini bukan setakat banjir sahaja, tetapi ada industri besar seperti minyak dan gas di Pengerang yang berisiko tinggi. Jadi kalau kita ada satu pangkalan, tindakan bantuan atau perkhidmatan kebakaran atau penyelamatan juga lebih pantas," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#pangkalan udara
#Abdul Wahab Mat Yasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan