KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Kehakiman (JC), Datuk Azhar Abdul Hamid yang mendengar perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah serta pengubahan wang haram, hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes itu.
Azhar membuat teguran itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan kepada mahkamah bahawa satu laporan polis dibuat terhadap peguam Lim Wei Jit selepas beliau mendedahkan pembelaan tertuduh (Syed Saddiq) ketika sidang media pada 21 Jun lepas.
"Saya rasa perkara seperti ini telah berlaku di mahkamah lain dan kali ini ia berlaku di mahkamah saya. Saya mengingatkan semua orang...biarkan bukti yang berbicara," kata Azhar.
Terdahulu, Wan Shaharuddin memohon mahkamah memberi teguran agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi.
"Saya tidak minta prosiding menghina mahkamah dikenakan... tetapi mohon mahkamah memberikan teguran kerana kita sudah dewasa," katanya.
Peguam Haijan Omar, yang mewakili Syed Saddiq bagaimanapun memohon maaf atas keterlanjuran yang berlaku dan memaklumkan perkara itu tidak akan berulang.
Laporan polis itu dibuat seorang pegawai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 24 Jun membabitkan satu video yang dimuat naik di YouTube mendakwa pertuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Muar itu bermotifkan politik.
Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan Azhar bersambung. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid yang mendengar perbicaraan kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes itu. - Gambar BERNAMA

Malaysia di landasan baik untuk mencapai pembangunan lestari - Maimunah
Malaysia berada pada landasan yang baik dalam mencapai perancangan dan pembangunan lestari yang maksimum.

AWANI Ringkas: Hukuman lebih berat untuk pelumba haram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polisi untuk rakyat harus digubal bersama rakyat - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Kata Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat, masyarakat harus dilibat samakan dalam setiap proses penggubalan dan pelaksanaan polisi supaya ia benar-benar memenuhi keperluan untuk menambah baik kehidupan mereka.

Adakah Malaysia di landasan betul menuju kelestarian? Ini jawapan Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menegaskan bahawa segala yang diperlukan untuk maju sudah ada, tinggal lagi kita perlu mula bertindak secara bersepadu dan selaras.

Kelestarian bukan diukur pada GDP semata-mata - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menekankan bahawa perlunya kepimpinan yang berani untuk membawa Malaysia melonjak dari kerangka minda dan kerja yang lama untuk menuju kelestarian.

Gajah berkeliaran sekitar Kluang sudah dihalau
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan ada mengesan lebih 10 ekor gajah liar berkeliaran di sekitar Taman Seri Impian, Kluang, baru-baru ini.

Agenda AWANI: PTPTN: Membina generasi cemerlang
Sejauh mana penubuhan #25tahunPTPTN ini signifikan dengan keperluan rakyat khususnya pelajar dari golongan B40 apatah lagi dengan suasana ekonomi yang mencabar ketika ini? Diskusi 9 malam dalam Agenda AWANI #AWANInews

BLACKPINK bakal gegar Kuala Lumpur Mac 2023
Kumpulan K-pop BLACKPINK bakal menemui 'BLINKs' di Malaysia tidak lama lagi.

Skandal LCS: Bagaimana rakyat mahu percaya BN dalam PRU15? - Muhyiddin
Skandal yang melibatkan kerugian sebanyak RM9 bilion itu merencatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), jelas Muhyiddin.

MOSTI lancar Pelan Haja Tuju Teknologi Negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan lima Pelan Hala Tuju Teknologi negara bagi memperhebatkan usaha Malaysia menjadi pembangun teknologi, sekali gus mengurangkan kebe

Syed Saddiq sekali lagi mohon untuk cabar kredibiliti saksi utama
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan dengan tuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram, sekali lagi memohon bagi mencabar kredibiliti seorang saksi utama susulan terdapat bebe

Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur - Saksi
Pengeluaran wang daripada akaun Armada itu adalah salah kerana tiada kertas kerja dikemukakan.

Syed Saddiq arah wang tunai RM1 juta dikeluarkan dari akaun Armada - Saksi
Syed Saddiq maklumkan bahawa duit dalam akaun Armada Pusat merupakan hasil titik peluhnya mencari sumbangan.

JC Azhar ingatkan semua pihak tidak buat kenyataan berhubung kes Syed Saddiq
Biarkan bukti yang berbicara...

Hakim tanya peguam Zahid mengapa sumbangan diterima tunai bukan dalam bentuk cek?
Persoalan itu ditujukan kepada ketua pihak pembelaan, Hisyam Teh Poh Teik yang berhujah mengapa pertuduhan ke atas Ahmad Zahid perlu digugurkan.

Ada cubaan batalkan kelayakan Najib untuk ke pilihan raya - Muhammad Shafee
Muhammad Shafee juga menyifatkan tindakan mengenakan notis kebankrapan kepada Najib adalah satu bentuk 'ugutan'.

Najib Razak gagal dapat perintah larangan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak perintah larangan untuk pihak awam membincangkan merit kes pecah amanah dan menyalahguna kuasanya.