awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT kelab kedua termahal di Asia Tenggara

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2022
22:43 MYT
JDT kelab kedua termahal di Asia Tenggara
JDT berada di kedudukan kedua dalam senarai kelab paling bernilai di rantau Asia Tenggara dengan nilai 7.25 juta pound (RM33.47 juta). - Facebook/Johor Southern Tigers
JUARA Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di kedudukan kedua dalam senarai kelab paling bernilai di rantau Asia Tenggara dengan nilai €7.25 juta (RM33.47 juta) di belakang kelab handalan Thailand, Buriram United.
Menurut Transfermarkt, Buriram yang merupakan pemenang tujuh kali League 1 Thailand, berada di kedudukan teratas dalam kalangan kelab-kelab Asia Tenggara dengan nilai €7.53 juta (RM34.76 juta).
Untuk rekod, Buriram bukan satu-satunya kelab dari Thailand berada dalam senarai 10 pasukan paling bernilai yang disenarai oleh Transfermarkt.
Selain Buriram, BG Pathum United (RM 29.79 juta), Port FC (RM29.65 juta), Bangkok United (RM28.49 juta), dan Muangthong United (RM23.77 juta) turut tersenarai antara pasukan yang bernilai di Asia Tenggara.
Meskipun mempunyai lima kelab yang berada di kedudukan 10 kelab paling bernilai Asia Tenggara, liga Thai dianggap oleh Transfermarkt sebagai liga kedua paling bernilai di Asia Tenggara.
Liga Indonesia yang hanya mempunyai dua kelab dalam senarai tersebut iaitu Bali United (RM24.83juta) dan Persib Bandung (RM23.3 juta) merupakan liga paling bernilai di Asia Tenggara.
Kelab-kelab lain yang berada di dalam senarai tersebut adalah seperti Lion City Sailors dari Singapura (RM28.54 juta) di kedudukan ke-5, dan Hanoi FC dari Vietnam (RM24.78 juta) di kedudukan ke-8.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JDT
#buriram united
#Transfermarkt
#termahal di Asia Tenggara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan