awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT serik bermain di padang seteruk SNBJ

Sinar Harian
Sinar Harian
13/12/2023
01:15 MYT
JDT serik bermain di padang seteruk SNBJ
Aksi pemain TFC, Nor Hakim Hassan (kanan) melarikan bola dari pemain JDT La’vere Corbin Ong pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara JDT dan TFC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) berharap tidak lagi bermain di atas padang yang seteruk padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam perlawanan akan datang.
Pengendalinya, Esteban Solari berkata, keadaan padang yang teruk itu memberikan kesan kepada pasukan apabila dua pemain utama mereka mengalami kecederaan.
“Malangnya, keadaan padang pada perlawanan akhir sangat teruk dan JDT berdepan kecederaan pemain dalam perlawanan itu.
“Ia sangat memalukan kepada pemain kerana mereka menjaga diri dan berlatih dengan gigih. Ia memberikan kesukaran kepada kami kerana mereka pemain yang bagus.
“Kami juga berharap tidak perlu lagi bermain di atas padang sebegitu," katanya.
Esteban Solari
Esteban Solari
Sebelum ini, padang Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi tumpuan kritikan penyokong selepas rosak teruk akibat digunakan untuk konsert kumpulan Coldplay pada 22 November lalu.
Ia sekali gus memberikan kesan kepada aksi final Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC (TFC) selepas padang tersebut tidak dapat dibaiki sehingga tarikh perlawanan tersebut.
Beberapa pemain dilaporkan mengalami kecederaan akibat keadaan padang itu antaranya dua pemain JDT, Corbin Ong dan Shane Lowry serta pertahanan TFC, Ubaidullah Shamsul. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#final piala malaysia
#padang Stadium Nasional Bukit Jalil
#pemain JDT cedera
#Esteban Solari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan