awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejak Al-Haramain: TH laksana dam, korban melalui Adahi

Azizul Azwa
Azizul Azwa
12/05/2025
21:50 MYT
Jejak Al-Haramain: TH laksana dam, korban melalui Adahi
Mohd Hisham hadir pada majlis menandatangani memorandum persefahaman di Ibu Pejabat Adahi di Makkah, pada Isnin. - Foto Astro AWANI
MAKKAH: Tabung Haji (TH) akan melaksanakan urusan dam dan korban buat jemaah haji Malaysia melalui satu-satunya organisasi yang diiktiraf Kerajaan Arab Saudi tahun ini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata, sebelum ini, pihak TH melaksanakan urusan dam secara berasingan, tetapi pada tahun ini dam dan juga korban akan dilakukan bersama The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady and Adahi (Adahi).
“Adahi telah dipilih kerana syarikat ini mempunyai fasiliti yang cukup termasuk mempunyai lapan kompleks untuk sembelihan, pembekuan dan pemprosesan daging.
“Daging ini akan diedarkan kepada masyarakat di Mekah dan di Tanah Suci dan juga lebih 30 negara di seluruh dunia,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman di Ibu Pejabat Adahi di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, haiwan korban yang disembelih untuk tujuan tersebut juga dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya serta diedarkan dengan baik.
“Proses penyembelihan, pemprosesan serta kebersihan akan melalui prosedur standard yang tinggi. Insya-Allah akan sampai tujuannya untuk membantu mereka yang memerlukan di seluruh dunia.
“Itu penting dari segi tadbir urus terutamanya kepada jemaah haji Malaysia. Kita hendak jemaah berasa yakin dengan apa yang telah mereka lakukan dan ini disambut oleh Adahi di sini,” tambahnya.
Mohd Hisham turut menasihatkan para jemaah haji untuk membuat bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI dan urusan itu akan dilaksanakan oleh Adahi.
Topic Berkaitan
#dam
#jemaah haji
#Adahi
#korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami