awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
Polis tembak tayar kereta, suspek pecah rumah cuba langgar anggota
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejak Al-Haramain: Cabaran 40 hari bersama rakan sebilik

Azizul Azwa
Azizul Azwa
21/05/2025
01:40 MYT
Jejak Al-Haramain: Cabaran 40 hari bersama rakan sebilik
Azlina ketika menyantuni para jemaah haji di Tanah Suci. - Astro AWANI
MEKAH: Tidak pernah berjumpa dan tidak tak pernah kenal, tapi akhirnya menjadi rakan sebilik selama 40 hari sepanjang berada di Tanah Suci.
Itu cabaran awal yang menuntut kesabaran tinggi bagi setiap jemaah haji, terutama berkaitan dengan emosi.
Persiapan ilmu dan fizikal, itu satu hal yang berbeza, tetapi ujian sebenar adalah mengawal emosi, khususnya dengan rakan sebilik.
Menurut Pengurus Unit Perkhidmatan Kaunseling Tabung Haji, Azlina Abd Wahid, adalah penting untuk jemaah haji mempunyai suasana yang baik, terutama yang datang seorang diri tanpa kenalan atau keluarga.
Secara purata jemaah akan hidup bersama selama 40 hari dan tempoh itu sememangnya mencabar.
“Kita sarankan supaya mereka ini sebagai keluarga kecil sepanjang berada di Tanah Sucii, kalau perlu bantuan apa-apa atau mahu berkongsi.
“inilah yang ada jadi semua orang perlu mengamalkan sikap toleransi berlapang dada supaya kita dapat membina ukhwah,” katanya.
Beliau yang berpengalaman selama tiga tahun menguruskan Unit Kaunseling di Tanah Suci menyarankan..jemaah memelihara emosi dengan banyak berdoa memohon kesabaran disamping bersyukur menjadi tetamu Allah.
Topic Berkaitan
#Jejak Al-Haramain
#cabaran
#jemaah haji
#rakan sebilik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami