awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejak Al-Haramain: Che Lah suka sedekah

Zaiful Mohd Ariffin, Azizul Azwa
Zaiful Mohd Ariffin, Azizul Azwa
19/05/2025
23:10 MYT
Jejak Al-Haramain: Che Lah suka sedekah
Sarifah (tengah) menceritakan saat menerima panggilan telefon mengenai suaminya, katanya hatinya remuk dan badannya lemah. - Astro AWANI
MEKAH: “Ibarat patah sebelah sayap.”
Itu antara luahan perasaan isteri kepada Allahyarham Abdullah Mat, 59, yang meninggal dunia ketika melakukan tawaf sunat pada pusingan kelima di tingkat satu, Masjidil Haram.
Sarifah Hassan, 57, masih terkejut, tetapi bersyukur kerana pemergian suaminya yang sangat diimpikan oleh mana-mana orang beriman.
“Saya nampak zahir kuat, tapi saya bergantung kepada suami. Mujurlah anak-anak memberi semangat kepada saya, anak-anak menghubungi saya selepas berita pemergian suami diumumkan.
“Anak-anak saya kata, abah duduk tempat molek. Kami semua tunggu ibu balik,” ujarnya yang agak lemah dan terpaksa dipimpin oleh petugas Tabung Haji dan rakan sebilik.
Suaminya, katanya lagi, tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan dan disahkan sihat selepas menjalani pemeriksaan doktor.
Bagaimanapun, suaminya hanya rabun kerana masalah pada saraf mata.
Menceritakan saat menerima panggilan telefon mengenai suaminya, katanya hatinya remuk dan badannya lemah.
Beliau menerima panggilan telefon daripada Wad Kecemasan Hospital Jiwar, Jabal Omar, di sini.
“Saya terima panggilan selepas solat subuh, menangis dan peluk kawan-kawan sebilik,” ujarnya.
Katanya, kawan sebilik ibarat keluarga sejak dari Madinah, walaupun semuanya dari Kelantan tetapi semuanya tidak pernah berjumpa.
“Kami bergerak secara berkumpulan. Makan bersama sejak Madinah lagi. Saya dan suami duduk bersebelahan bilik,” katanya.
Berkongsi kisah, katanya suaminya memang dikenali sebagai pemurah, suka bersedekah dan belanja makan sejak di kampung, sehingga sebelum meninggal dunia.
“Kalau bulan puasa, kadang-kadang habis beratus ringgit belanja makan orang di kedai. Arwah memang sangat pemurah,” katanya yang masih lemah sambil menitiskan air mata.
Topic Berkaitan
#Abdullah Mat
#Sarifah Hassan
#meninggal dunia
#sedekah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami