NATIONAL

Jejak Al-Haramain: Jemaah haji nikmati makanan cita rasa Malaysia

Azizul Azwa 18/05/2025 | 23:40 MYT
Menurut Mohd Hisham, pada waktu puncak, jumlah jemaah haji mencapai 31,600 orang sementara beras yang digunakan adalah sebanyak 3.16 tan, protein 4.74 tan dan sayur 2.5 tan. - Foto Astro AWANI
MAKKAH: Dua juta pek semusim, 42 jenis menu, dua kali sehari.

Itu statistik sajian makanan untuk jemaah haji bagi musim 1446 Hijrah.

Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, Tabung Haji (TH) mengarahkan tujuh dapur di sana menyediakan makanan mengikut selera Malaysia.

Dua daripadanya dapur untuk jemaah di Madinah dan lima lagi di Mekah.

"Dari segi cita rasa ataupun kesedapan makanan, ia sentiasa dirasa oleh chef yang kita bawa daripada Malaysia.

"Kita ada 17 cef yang memastikan kualiti (makanan) dari segi rasa, dari segi penyediaan, dan sebagainya, supaya dibuat sama seperti rasa di Malaysia.

"Bagaimanapun, disebabkan oleh cuaca, dan bahan mentah yang mungkin terhad, kita cuma mensasarkan dari segi rasa lebih kurang dalam 80 peratus sahaja," katanya.

Mohd Hisham berkata, semua menu dan tahap kebersihan makanan dipantau oleh TH dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan jemaah haji mendapat nutrisi yang seimbang.

Menurutnya, pada waktu puncak, jumlah jemaah mencapai 31,600 orang sementara beras yang digunakan sebanyak 3.16 tan, protein 4.74 tan dan sayur 2.5 tan.

Beras basmathi yang digunakan diimport dari India, manakala daging dari Brazil dan 'premix' dibawa dari Malaysia.

Makanan yang telah siap dipek diagihkan di dewan makan bangunan penginapan jemaah haji.







#Jejak Al-Haramain #jemaah haji #selera malaysia #makanan di Tanah Suci