NATIONAL
Jejak Al-Haramain: Kawalan ketat beri kelebihan jemaah haji Malaysia

Mohd Hisham Harun menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan dakwaan pihak yang menawarkan visa haji secara tidak sah. - Gambar/ Astro AWANI
MAKKAH: Kawalan pihak berkuasa di sekitar kota Makkah didapati semakin diperketatkan, terutama kawasan pintu masuk Masjidil Haram.
Ringkasan AI
- Kerajaan Arab Saudi memperketatkan kawalan di sekitar kota Makkah, termasuk mengusir jemaah yang tiada visa haji.
- Penguatkuasaan ini dianggap positif oleh Tabung Haji kerana menjamin ketenteraman dan mengurangkan kesesakan di Masjidil Haram, memudahkan ibadah umrah.
- Mohd Hisham Harun menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan dakwaan pihak yang menawarkan visa haji secara tidak sah.
“Tabung Haji memandang kawalan ketat yang dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi ini sebagai sesuatu yang positif. Kerana pertama, ia menjamin ketenteraman di kawasan sekitar Masjid Al-Haram.
“Kita juga tak nampak kesesakan yang teruk di dalam masjid. Alhamdulillah dengan itu memudahkan jemaah haji untuk melaksanakan ibadah umrah,” katanya.
Katanya majlis ulama tertinggi Arab Saudi juga telah mengeluarkan fatwa, menyatakan hanya jemaah yang mempunyai visa haji sahaja diberi kebenaran menunaikan haji.
Mohd Hisham dalam pada itu, menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan kononnya ada pihak yang boleh menawarkan visa haji di Arab Saudi.
Katanya, setakat ini, 11,396 jemaah Malaysia telah berada di Tanah Suci, iaitu seramai 5,253 di Madinah dan 6,143 di Makkah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami