awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejak Al-Haramain: Larangan ihram, fiqah wanita antara soalan popular jemaah haji

Bernama
Bernama
16/05/2025
03:10 MYT
Jejak Al-Haramain: Larangan ihram, fiqah wanita antara soalan popular jemaah haji
Sekumpulan jemaah haji Malaysia khusyuk mendengar ceramah semasa program bimbingan ibadat di Tanah Suci yang disampaikan oleh tenaga pembimbing Tabung Haji. - Gambar Bernama
MAKKAH: Persoalan berkaitan larangan ihram dan hukum fiqah wanita antara pertanyaan paling kerap diajukan jemaah haji Malaysia kepada Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) Tabung Haji (TH) pada musim haji 1446H/2025M.
Pengarah Operasi Bimbingan TH, Shahrin Awaludin berkata, persoalan berkenaan mula diajukan jemaah Malaysia sejak di tanah air melalui platform digital e-Taib dan terus meningkat sebaik mereka tiba di Tanah Suci.
"Seperti tahun-tahun sebelumnya, soalan paling popular ialah mengenai larangan ihram seperti penggunaan wangi-wangian serta perkara berkaitan fiqah wanita terutama hukum berniat ihram ketika dalam keadaan haid," katanya ketika ditemui media, di sini.
Beliau berkata, kebimbangan timbul kerana ramai dalam kalangan jemaah terutama wanita menunaikan haji buat kali pertama dan berdepan situasi yang mungkin tidak pernah dialami sebelum ini.
"Ramai yang bimbang jika ibadah mereka tidak sah tetapi perlu diketahui bahawa wanita yang dalam haid masih perlu berniat ihram di miqat seperti biasa, kerana hanya tawaf yang perlu ditangguhkan sehingga suci, rukun haji lain tetap boleh dilaksanakan," katanya.
Sehubungan itu, Shahrin berkata, bagi memudahkan jemaah mendapatkan penjelasan lanjut, TH menyediakan platform digital e-Taib menerusi aplikasi THhujjaj, yang membolehkan jemaah berinteraksi secara langsung dengan pembimbing ibadat secara dalam talian.
"TH turut melantik lebih 40 pembimbing ibadat haji, dengan 30 di Makkah dan 10 di Madinah selain tiga pakar rujuk daripada Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji turut dibawa ke Tanah Suci bagi membantu menyelesaikan permasalahan hukum yang mungkin timbul," katanya.
Beliau berkata, program bimbingan ibadat di Tanah Suci akan diteruskan hingga 1 Zulhijah, sebelum operasi dilanjutkan kepada 24 jam sehari bagi memastikan semua jemaah haji menerima panduan dan bimbingan secukupnya sepanjang kemuncak ibadat haji.
Dalam pada itu, Shahrin turut mengingatkan jemaah untuk memperbanyakkan solat berjemaah di Masjidil Haram, memanfaatkan waktu subuh dengan melakukan tawaf sunat dan beriktikaf di masjid.
"Islam itu agama yang mudah, walaupun ibadat di Tanah Suci kelihatan berat, jika dilakukan dengan ilmu dan kefahaman, ia akan menjadi ringan. Gunakan peluang berada di sini untuk meningkatkan ketakwaan dan berdoa kepada Allah SWT," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jejak Al-Haramain
#larangan ihram
#fiqah wanita
#jemaah haji Malaysia
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan