awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejak Al-Haramain: Platform terbaharu bantu jemaah elak tersesat

Azizul Azwa
Azizul Azwa
14/05/2025
22:30 MYT
Jejak Al-Haramain: Platform terbaharu bantu jemaah elak tersesat
Mohd Fahmi berkata, inisiatif ini dibuat selepas TH mendapati setiap tahun masih ramai jemaah haji tersesat ketika cuba balik ke penginapan. - Astro AWANI
MEKAH: "Jangan bimbang, pergilah ke mana sahaja, mahu ke Masjidil Haram atau pun membeli belah."
Satu platform terbaharu, GoogleWalk yang berasaskan Google Maps, diperkenalkan bertujuan mengelak jemaah haji tersesat, terutama ketika kemuncak haji.
Menurut Pengarah Operasi Maktab Tabung Haji, Mohd Fahmi Kamarudin, inisiatif ini dibuat selepas Tabung Haji (TH) mendapati setiap tahun masih ramai jemaah haji tersesat ketika cuba balik ke penginapan.
"Platform ini baru saja dibangunkan melalui integrasi e-book petugas haji, yang kita perluaskan penggunaannya kepada jemaah haji.
"Ia dibangunkan oleh bahagian R&D jabatan haji dan ini tahun pertama ia digunakan. Kalau tahun sebelum ini ia merupakan inisiatif pengurus maktab masing-masing," katanya.
Aplikasi ini lebih mesra pengguna, berbanding yang lain kerana sering digunakan di Malaysia, serta kurang menggunakan data internet.
Aplikasi ini lebih mesra pengguna, berbanding yang lain kerana sering digunakan di Malaysia, serta kurang menggunakan data internet.
Jemaah haji tidak perlu memuat turun GoogleWalk dan hanya perlu memastikan Google Apps atau Google Maps diaktifkan.
Selepas kajian dilakukan, aplikasi ini lebih mesra pengguna, berbanding yang lain kerana sering digunakan di Malaysia, serta kurang menggunakan data internet.
Aplikasi ini juga mudah, sesuai untuk semua peringkat usia.
Pengguna hanya sentuh klik pada ikon lokasi yang dituju.
"Contohnya umrah pertama, apabila jemaah melakukan Saie dan pengakhirannya di Marwah. Mereka keluar di Marwah dan agak keliru di situ. Sama ada mahu ke kanan atau kiri. Dengan adanya aplikasi ini, jemaah akan terus dibawa ke lokasi berkenaan," katanya.
Bagaimanapun TH tidak boleh mengesan lokasi jemaah haji melalui aplikasi ini, tetapi mereka yang tersesat boleh menghubungi terus petugas yang bersedia 24 jam.
Topic Berkaitan
#Jejak Al-Haramain
#Tabung Haji
#jemaah haji
#sesat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami