NATIONAL

Jejak Al-Haramain: Sambil menunaikan haji, kenali orang Arab

Azizul Azwa 18/05/2025 | 23:30 MYT
Jemaah haji Malaysia aktiviti mengenal budaya masyarakat Arab sambil membeli-belah dengan mengunjungi ekspo Nusuk Pilgrim Gifts di Mekah Chamber of Commerce Zaidi bermula 12 sehingga 19 Mei.
MAKKAH: Jemaah haji Malaysia ditawarkan satu lagi aktiviti, sebagai pilihan sepanjang berada di Tanah Suci bertujuan mengenal budaya masyarakat Arab sambil membeli-belah.

Sebuah ekspo baharu diperkenalkan di Mekah Chamber of Commerce Zaidi, bermula 12 sehingga 19 Mei, di sini.

Semua syarikat dari Arab Saudi dikumpulkan dalam ekspo berkenaan dan menawarkan harga murah berbanding di kedai biasa.

Ekspo yang dinamakan Nusuk Pilgrim Gifts, menjual pelbagai barangan dan keperluan jemaah musim haji, termasuk hadiah untuk keluarga sebelum pulang ke tanah air.

Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, syarikat pengangkutan Arab Saudi, Musbah, bersetuju menyediakan bas kepada jemaah haji Malaysia bertujuan memudahkan mereka datang ke ekspo berkenaan.

“Jadi kita akan cuba menambah aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat oleh jemaah kita semasa berada di sini, selain daripada beribadat di Masjidil Haram.

“Sepanjang tempoh 20-30 hari di kota Mekah, jemaah boleh datang ke ekspo,” katanya.

Pasaraya terbesar di Mekah, keluasan 27,000 meter persegi, antara menjadi tumpuan menjual pelbagai barangan untuk jemaah sebagai alternatif daripada yang ada di kota Mekah.










#Jejak Al-Haramain #jemaah haji Malaysia #orang Arab #Masjidil Haram #Nusuk Pilgrim Gifts