Jejak Nora: Perancis zahir penghargaan terhadap usaha Malaysia

Saraya Mia
Ogos 16, 2019 05:07 MYT
Nora Anne dilaporkan hilang dari sebuah resort di Seremban pada 4 Ogos dan ditemui pada 13 Ogos lepas.
Kerajaan Perancis hari ini menzahirkan penghargaan terhadap Malaysia dalam usaha menjejaki remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang dilaporkan hilang sebuah pusat peranginan di Pantai di, Seremban, sejak 4 Ogos lalu.
Kenyataan media Menteri Hal Ehwal Luar Negara Eropah, Jean-Baptiste Lemoyne memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Marzuki Yahya pada Khamis (15 Ogos).
Dalam kenyataan tersebut, Lemoyne turut berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam misi pencarian Nora Anne, remaja Ireland berusia 15 tahun, sejak kehilangannya sehingga detik mayatnya ditemui pada 13 Ogos.
Marzuki turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Nora Anne.
Misteri kehilangannya terungkai selepas mayatnya ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kehilangannya, sembilan hari selepas kehilangannya pada 4 Ogos lalu.
Pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, memaklumkan proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian remaja itu dilakukan pada jam 11.45 pagi Rabu dan selesai lebih 10 jam kemudian.
Proses itu dikendalikan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng dan Pakar Forensik Hospital Tuanku Ja'afar, Dr Hanif Mohammad.
Nora Anne disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh panjang selain akibat tekanan berpanjangan.
BACA: "Terima kasih atas bantuan dan sokongan anda" - Keluarga Nora Anne
Polis juga turut mengesahkan tiada unsur Nora Anne dirogol atau dilarikan serta diculik.

PRESS RELEASE: French Minister of State attached to the Minister for Europe & Foreign Affairs conveys France's appreciation for Malaysia's relentless efforts to locate Nora Quoirin. @chedetofficial @drwanazizah @saifuddinabd @MarzukiYahyaFC @IkramShahrul @PDRMsia @JPenerangan pic.twitter.com/iHtiTQqgZQ

— Wisma Putra (@MalaysiaMFA) August 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dusun Resort #hilang #Ireland #Jean-Baptise Lemoyne #Kementerian Luar Negeri #kerajaan #Malaysia #Marzuki Yahya #mati #Nora Anne Quiorin #remaja #Seremban