awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelajah Bersih 5 hanya cetus provokasi - Armand

Astro Awani
Astro Awani
01/10/2016
09:09 MYT
Jelajah Bersih 5 hanya cetus provokasi - Armand
ARMAND AZHA: Tindakan penganjur Bersih 5 yang meneruskan ucapan menggunakan pembesar suara dengan berunsur provokasi selain mahu meneruskan jelajah konvoi sekitar bandar raya itu mencetuskan ketegangan. -Gambar fail
Tindakan penganjur Bersih 5 yang meneruskan ucapan menggunakan pembesar suara dengan berunsur provokasi selain mahu meneruskan jelajah konvoi sekitar bandar raya itu mencetuskan ketegangan kepada masyarakat.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata tindakan penganjur Bersih 5 yang tidak menghormati arahan dan ingin meneruskan konvoi telah mencetuskan kekecohan.
Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan mereka hanya dibenar berucap di hadapan pekarangan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
"Selepas Ambiga (bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan) hadir pada pukul 9.30 pagi, beliau terus buat ucapan provokasi, hasutan terbuka yang bagi saya tidak betul.
"Hasutan Ambiga merupakan provokasi kepada masyarakat setempat. Saya cakap kepada polis, minta mereka halang Bersih, halang buat road show di Johor.
"Kalau mereka buat begini tak baik untuk keamanan, mereka buat provokasi melampau," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jelas Armand, pihaknya bimbang jika polis membenarkan penganjur Bersih 5 melakukan konvoi sekitar negeri ini akan berlaku kekecohan dan keadaan huru-hara dalam kalangan masyarakat.
Topic Berkaitan
#Armand Azha Abu Hanifah
#Baju Merah
#Bersih 5
#Konvoi Bersih 5
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan