awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Peluang Aaron-Wooi Yik semakin tipis

Bernama
Bernama
14/12/2023
08:37 MYT
Jelajah Dunia Akhir BWF:  Peluang Aaron-Wooi Yik semakin tipis
Ini merupakan kekalahan kedua pasangan negara dalam saingan Kumpulan A, selepas tewas kepada pasangan Jepun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peluang beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk layak ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China semakin tipis selepas tewas pada perlawanan kedua Kumpulan A hari ini.
Ini merupakan kekalahan kedua pasangan negara dalam saingan Kumpulan A, selepas tewas kepada pasangan Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 16-21, 21-14, 18-21, semalam.
Pada perlawanan di Hangzhou Olympic Sports Centre itu, gandingan di ranking ketiga dunia tewas kepada wakil tuan rumah Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dalam pertarungan sengit lebih satu jam.
Aaron-Wooi Yik bermula dengan baik untuk menang set pertama 21-19 sebelum kelihatan buntu pada set kedua dengan tewas 18-21, sekali gus mengheret kepada set penentuan.
Perlawanan di set ketiga berlangsung sengit apabila kedua-dua pasangan saling mengejar mata sehingga terikat 20-20 sebelum Yu Chen-Xuan Yi yang berkelebihan beraksi di laman sendiri menoktahkan kemenangan 22-20.
Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan esok, pasangan negara berdepan tugas berat apabila dijadual bertemu satu lagi wakil tuan rumah yang juga pasangan nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chan dalam usaha memburu slot separuh akhir.
Berdasarkan format kejohanan, hanya dua pasangan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.
Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia adalah mara ke separuh akhir beregu lelaki menerusi gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pada edisi lepas yang berlangsung di Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#BWF
#Jelajah Dunia Akhir
#Hangzhou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan