Jelaskan kepada rakyat jika wujud rasuah - Syed Saddiq

Sinar Harian
Julai 1, 2023 23:40 MYT
Siasatan mendalam perlu dilaksanakan segera oleh kementerian berkaitan susulan dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bahawa wujud unsur rasuah di KLIA, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Gambar fail
SHAH ALAM: Siasatan mendalam perlu dilaksanakan segera oleh kementerian berkaitan susulan dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bahawa wujud unsur rasuah di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut meminta supaya penjelasan diberikan kepada rakyat sekiranya isu tersebut benar-benar berlaku.
"Tiada tempat bagi rasuah. Isu ini telah menimbulkan pelbagai cerita," katanya pada Sabtu
Sebelum itu, Ketua Pemuda UMNO dalam satu kenyataan meminta King Sing memberi penjelasan sama ada Notis Tolak Kemasukan (NTL) telah dikeluarkan ke atas individu yang ditahan di KLIA atas faktor dokumen tidak lengkap.
Gesaan tersebut dibuat susulan pengakuan menteri berkenaan yang terlibat dalam insiden kekecohan di KLIA baru-baru ini.
Menurutnya, dakwaan berkaitan wujudnya kegiatan rasuah di pintu masuk negara itu adalah satu tuduhan yang berat dan perlu dijawab oleh Jabatan Imigresen (JIM).
King Sing pada Jumaat tampil mempertahankan diri selepas laporan sebuah portal mendedahkan seorang menteri menyalah guna kuasa dan membuat kecoh menuntut pelawat China yang ditahan imigresen dibebaskan. - SINAR HARIAN
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman #isu rasuah #Notis Tolak Kemasukan #Tiong King Sing