SEREMBAN: Bencana banjir yang melanda lapan negeri termasuk Negeri Sembilan pada minggu lepas, disifatkan oleh banyak pihak sebagai antara yang terburuk di negara ini dalam tempoh 50 tahun.
Musibah yang datang ketika rakyat masih lagi diancam jangkitan COVID-19, menambah beban mereka yang sudah sedia terbeban khususnya dari segi ekonomi.
Di negeri ini, Jelebu yang merupakan daerah paling subur dan terkenal dengan durian Jelebu, antara yang paling teruk terjejas dalam bencana itu, melibatkan 11 kawasan dengan puluhan buah kampung, selepas hujan lebat selama lebih lima jam sejak 6 petang pada 18 Dis.
Penduduk di kampung yang terkesan, antaranya Kampung Chennah, Kampung Puom dan Kampung Pah, iaitu kawasan paling teruk terjejas, langsung tidak menyangka kejadian hujan lebat luar biasa itu akan memberi kesan yang amat besar kepada mereka.
Kebanyakan mangsa yang ditemui Bernama reda dengan ujian yang menimpa mereka, namun masing-masing mengakui masih lagi dalam keadaan terkejut apabila melihat begitu banyak kerosakan yang ditinggalkan oleh bencana itu, termasuk kehilangan tempat tinggal kerana rumah dihanyutkan arus, atau hanya tinggal bumbung, atau senget dan tidak selamat didiami, atau ranap sepenuhnya.
Kerugian dari segi ternakan dan tanaman juga tidak terkira, sementara beberapa lokasi tumpuan pelancong turut musnah.
Sekalipun begitu, warga Jelebu tetap bersyukur kerana tiada yang kehilangan ahli keluarga dalam bencana tersebut yang menyaksikan paras banjir setinggi lebih dua meter.
DAERAH TERKERING DI NEGERI SEMBILAN
Dari segi geografi, Jelebu terletak di penghujung Banjaran Titiwangsa dengan bentuk muka bumi berbukit-bukau. Justeru, daerah yang bersempadan dengan Selangor dan Pahang serta diapit oleh daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jempol itu agak terlindung daripada hujan.
Malah, daerah itu adalah kawasan paling kering di Negeri Sembilan.
Namun, pada 18 Dis lalu, lima stesen hujan di daerah itu merekodkan taburan hujan yang luar biasa iaitu melebihi 100 mm, sedangkan pada hari sebelumnya, lima stesen terbabit - Ulu Klawang, Chenor, Ladang Pertang, Ladang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Jelebu serta Chennah - mencatatkan paras normal bawah 60 mm.
Pada hari kejadian, stesen Ulu Klawang mencatatkan jumlah taburan hujan tertinggi 199 mm dalam tempoh lima jam, bersamaan taburan hujan untuk sebulan, sementara stesen hujan lain merekodkan antara 77 mm dan 180 mm.
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir kilat yang teruk di beberapa kawasan rendah dan berisiko banjir di lembangan Sungai Triang.
"Kebanyakan kawasan yang terjejas tempoh hari menunjukkan kawasan itu telah mengalami taburan hujan melebihi 100 ARI (Average Recurrence Interval)," katanya kepada Bernama.
Jelasnya, keadaan itu menyebabkan air dari sublembangan Sungai Triang seperti Sungai Chennah, Sungai Klawang, Sungai Chempedak, Sungai Gelami, Sungai Kenaboi dan Sungai Jelebu tidak dapat mengalir ke Sungai Triang, sekali gus menyebabkan banjir.
Keadaan bertambah buruk apabila penduduk langsung tidak bersedia untuk menghadapi bencana di luar jangka itu, katanya yang menyifatkan banjir di Jelebu adalah yang terburuk sejak 15 tahun yang lalu.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri akan menyediakan rumah bagi penduduk yang kehilangan kediaman dalam bencana tersebut.
KETABAHAN MANGSA BANJIR
Sehari selepas bencana itu, penulis ke lokasi untuk melihat sendiri situasi di kawasan terjejas, dan perjalanan sejauh kira-kira 90 kilometer dari sini yang lazimnya tidak sampai satu jam, mengambil masa hampir tiga jam kerana hanya satu laluan sahaja yang boleh dilalui.
Penulis terpaksa memandu melalui Kuala Pilah ke Kuala Klawang yang juga jalan alternatif ke pantai timur dari Negeri Sembilan, kerana jalan utama ke Jelebu menerusi Bukit Tangga ditutup akibat kejadian tanah runtuh.
Kampung Pah adalah destinasi pertama yang penulis kunjungi selepas tiba di Jelebu, dan antara pemandangan pertama yang "menyambut" penulis ialah lumpur setinggi buku lali, pagar rumah yang tercabut selain jalan raya rosak teruk.
Seorang mangsa, Zaleha Shaharudin, 65, berkata dia tidak mampu bersuara selepas melihat semua barangan di dalam rumahnya musnah.
"Air naik setinggi satu meter dalam masa yang singkat," katanya, menambah kali terakhir dia mengalami banjir besar ialah pada 2005, namun tidak seteruk musibah 18 Dis tersebut.
Warga emas Ibrahim Taib, 62, mengalami nasib lebih malang apabila rumah yang didiami bersama isteri dan anak-anak selama 35 tahun kini hanya tinggal tapak.
Bersama linangan air mata, Ibrahim memberitahu Bernama kejadian berlaku sekitar 2 pagi.
"Ketika air sedang naik, kami sekeluarga pindah ke tempat cuci kereta bersebelahan rumah saya kerana kawasan ini tinggi, namun pada 2 pagi anak kejutkan saya beritahu rumah telah hanyut. Kejadian berlaku sekelip mata," katanya.
Penulis difahamkan ada banyak lagi keluarga di Kampung Chennah dan Kampung Puom mengalami nasib serupa - kehilangan tempat tinggal.
Bencana itu menyebabkan banyak infrastruktur musnah, antaranya jambatan yang menghubungkan Kampung Bemban dan Kampung Jerang, menjejaskan kira-kira 200 penduduk.
AIR TERJUN BERSELUT
Kawasan tumpuan pelancong seperti Taman Eko Rimba Jeram Toi yang menampilkan keindahan air terjun empat tingkat, turut terkesan dengan airnya kini keruh serta kawasan menjadi berselut.
Kejadian tanah runtuh pula memusnahkan infrastruktur termasuk pintu gerbang yang lenyap selain puluhan pokok tumbang, sementara gerai makanan di pusat rekreasi itu kebanyakannya teralih dari kedudukan asal.
Turut terjejas ialah 50 penternak ikan air tawar yang menganggarkan kerugian keseluruhan sekitar RM12 juta.
Banjir berselut turut menyebabkan jalan raya di beberapa kawasan kini berlumpur tebal dan memerlukan masa yang lama untuk kembali kepada keadaan asal.
Usaha membantu mangsa serta pembersihan kawasan kini giat dijalankan oleh pihak berkuasa - negeri dan persekutuan - dibantu oleh badan bukan kerajaan serta komuniti dari daerah berjiran.
Bencana yang berlaku itu sebenarnya satu isyarat yang memerlukan pihak berwajib serta penduduk amnya, sentiasa berwaspada dan bersedia kerana dunia kini menghadapi perubahan iklim yang turut membawa cuaca ekstrem.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
Bencana yang berlaku itu sebenarnya satu isyarat yang memerlukan pihak berwajib serta penduduk amnya, sentiasa berwaspada dan bersedia kerana dunia kini menghadapi perubahan iklim yang turut membawa cuaca ekstrem. - Foto BERNAMA
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
27 tapak projek JENDELA di Negeri Sembilan siap dibina
Sejumlah 27 infrastruktur telekomunikasi baharu bagi fasa satu di bawah JENDELA di Negeri Sembilan telah siap dibina.
PRU15: Tinggalan sejarah perlu dipulihara di sebalik kedamaian Jelebu
MENJENGAH sekitar Jelebu, boleh dikatakan daerah yang bekeluasan 136,751.49 hektar iaitu 20.4 peratus daripada keluasan keseluruhan Negeri Sembilan ini, tidak ketinggalan daripada arus pembangunan.
Hampir 40 rumah di Jelebu terjejas banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam menyebabkan air Sungai Triang, Juntai melimpah dan memasuki rumah penduduk hingga mencecah paras lutut.
Jalan Simpang Durian di Jelebu dinaiki air, tidak boleh dilalui kenderaan ringan
Jalan Simpang Durian-Simpang Pelangai, Bentong berhampiran Durian Tipus, Jelebu tidak dapat dilalui kenderaan ringan setakat ini kerana dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak petang tadi.
Banjir: Tak mahu aktiviti rakyat terganggu, pembaikan jalan perlu disegera - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu kerja-kerja pembaikan jalan raya akibat tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan dilakukan dengan cepat.
45 masjid, surau ditutup di Negeri Sembilan setakat semalam - MB
Sebanyak 42 daripada keseluruhan 1,321 masjid dan surau di Negeri Sembilan diarahkan tutup sementara susulan berlaku jangkitan COVID-19 dalam kalangan jemaahnya setakat semalam.
Negeri Sembilan sasar 8 juta pengunjung tahun depan
Daripada lapan juta pelancong itu, 70 peratus dijangka berkunjung ke Port Dickson berdasarkan jumlah pelancong yang pernah dicapai pada 2019.
PKPD: Penjara Bentong dan Taiping dilanjutkan, Penjara Jelebu ditamat
PKPD di Penjara Bentong dan Penjara Taiping akan dilanjutkan sehingga 22 Februari, manakala PKPD di Penjara Jelebu tamat hari ini.
Anak tikam bapa sehingga maut di Jelebu
Dipercayai akibat perselisihan faham, seorang lelaki maut selepas ditikam oleh anak lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Simpang Pertang, Jelebu pagi tadi.
Gangguan bekalan air 24 jam di Seremban, Jelebu, Selasa depan
Seluruh kawasan Seremban dan sebahagian besar kawasan di Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 8.00 pagi, Selasa depan.