MEKAH: Dia tinggalkan anak dan isteri di Perlis selain terpaksa tutup dan lupakan seketika bisnes kedai makan diusahakannya selama enam tahun.
Dia kini berada di Mekah dan memilih untuk memasak juadah yang akan disajikan kepada 31,600 jemaah haji di Tanah Suci pada tahun ini.
Dia ialah Cef Anas Ahmad, 35, yang merupakan ketua tukang masak di Dapur Al-Wafa, salah satu dapur
daripada enam dapur di Mekah yang dikhaskan untuk menyediakan makanan bagi diedarkan kepada jemaah haji pada musim 1445H/2024M
"Saya tiada wang banyak untuk diberikan. Tetapi saya ada kemahiran memasak yang boleh saya tawarkan.
"Saya anggap jemaah ialah VIP yang perlu dilayan dengan sebaiknya. Itu yang membawa saya sekali lagi pada tahun ini," kata Cef Anas, bapa kepada tiga anak lelaki ini, menjawab pertanyaan petugas media mengenai apa yang menyebabkannya memilih menjadi cef di Tanah Suci.
Kongsinya, tahun lepas, tugasnya di Dapur Al-Wafa sebagai tukang masak.
"Tetapi tahun ini, Alhamdulillah, tanggungjawab lebih besar, jadi ketua tukang masak, ada beberapa pembantu untuk menyediakan juadah kepada jemaah," katanya menjalankan perniagaan sendiri di Perlis.
Sebagai pengorbanan untuk menjadi tukang masak di Mekah, Cef Anas terpaksa menutup kedai makannya, Ayam Golek dan Hidangan Western memandangkan tiada sesiapa boleh menguruskanya sepanjang ketiadaannya.
Cef Anas ditemui di Dapur Al-Wafa selepas memberi taklimat kepada Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M yang juga Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Mengakui kesukaran memenuhi cita rasa jemaah Malaysia di Tanah Suci, sebagai satu cabaran, Cef Anas menyifatkan itu semua tanggungjawab yang mesti dipikul dengan sebaiknya.
Dia turut berkongsi bagaimana pengalaman menyediakan makanan kepada jemaah di Arafah dan Mina semasa Masyair.
"Walaupun hanya tiga hari, tetapi kesukarannya bukan terbatas kepada memasak, menyedia dan mengedar makanan semata-mata, tetapi berterusan sehingga jemaah selesai menikmati makanan tersebut.
“Begitu lama kami tukang masak menyedia dan menyaji makanan, cabarannya ialah jika jemaah suka atau tidak dengan hidangan itu. Satu suap sahaja jemaah akan menyebut sama ada ia sedap, tidak enak atau kurang di sana sini. Itulah cabaran yang sebenar," jelas Cef Anas.
Namun, di sebalik cabaran itu, dia tidak menolak untuk datang lagi, terus memasak buat jemaah jika diberi rezeki tahun depan.
"Apa salahnya, saya akan memohon, jika ada rezeki Allah beri, saya akan datang lagi, itu sudah pasti," katanya.
Cef Anas juga memberi pesanan jika ada cef dari Malaysia yang mahu menjadi sepertinya.
Kata Cef Anas: "Boleh datang ke Mekah, memasak untuk jemaah, ia satu pengalaman yang berguna. Tetapi datanglah dengan penuh keikhlasan dan pentingkan jemaah. Itu sahaja."
Azlinariah Abdullah
Wed May 22 2024
Menurut Cef Anas, dia tidak memiliki kelebihan dari segi kekayaan wang ringgit, namun, dikurniakan kemahiran memasak yang boleh ditawarkan kepada jemaah-jemaah haji Malaysia. - Foto Tabung Haji
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji
BAGAI bulan jatuh ke riba. Begitulah yang mungkin dirasai oleh pelakon dan pengacara, Elfira Loy apabila mendapat jemputan menunaikan ibadah haji.
Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.
Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.